Selasa, 14 Ogos 2012

Lailatul Qadar

Sepuluh malam terakhir Ramadan memang ditunggu-tunggu oleh ahli ibadat dan mereka yang suka mengikhlaskan diri menghadap Allah swt. Banyak kitab-kitab yang menghuraikan amalan sepuluh hari terakhir Ramadan.  Kebanyakan kita tahu hal ini dan pernah mendengarnya. Namun  sejauhmana kita beriman dan mengamalkan tuntutan agar diperkuatkan beribadat pada malam-malam tersebut?

Sungguh luar biasa kemuliaan yang dianugerahkan Allah SWT pada malam al Qadar. Tidak hairan jika  Rasulullah SAW bersama para sahabat dan para imam dan orang-orang saleh tak pernah menyia-nyiakan keutamaan dan keagungan Lailatul Qadar yang dikaruniakan Allah SWT. Mereka beribadah dengan giat dan semangat.


Disebabkan kecuaian manusia, kecenderungan untuk beribadat pada malam al qadar kadang-kadang dibuat ala kadar saja. Allah menawarkan kehebatan beribadat pada malam tersebut seperti maksud firman Allah,
 "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2)

Di samping itu, hadis bermaksud," Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, Bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.Contohnya,  hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Semasa beribadat, antara doa yang dibaca pada malam tersebut seperti yang diingini Allah s.w.t :-وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِErtinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Rujukan:

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/608-berkenaan-lailatul-qadar-jangan-lepaskannya.htmlhttp://ramadhan.republika.co.id/berita/ramadhan/shaum-ala-rasulullah-saw/12/08/14/m8pqsv-beginilah-itikaf-orangorang-salehx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...