Rabu, 1 Ogos 2012

Kemahuan "bestseller"


Semasa bercuti di KK baru-baru ini, kami menginap di sebuah apartmen di One Borneo. Lokasinya bagus dan menarik pemandangannya. Harga sewanya pun boleh tahan juga. Menginap di sana memudahkan kami untuk membeli belah. Di tingkat bawah ada banyak tempat yang boleh disinggahi untuk urusan membeli. Nak beli apa?

Tumpuan utama saya ialah kedai buku.  Ada kedai buku HARRIS di situ. Banyak buku yang boleh dibelek dan dibeli.  Beli buku adalah kegemaran saya.  Belum tentu lagi buku yang dibeli sebelum ini habis dibaca, namun  bila nampak buku baru kemahuan untuk beli tetap ada. Saya suka membelek buku-buku agama dan tren semasa, sama ada politik atau pendidikan.  Sebuah buku berjudul Tip Menjadi Penulis Bestseller karya Zamri Mohamad menari perhatian saya.  Bukannya saya mahu menjadi penulis yang bestseller yang akhirnya boleh dapat banyak duit. Saya suka pada gaya penulisannya.  Mudah dan tidak meleret-leret. Setiap bab ditulis ringkas tapi banyak informasi. Seronok membacanya.

Ada juga kemahuan dalam hati nak tulis buku-buku macam itu. Bestseller. Namun masih banyak kekangannya. Walaupun kini masih lagi menumpu pada bidang pendidikan bahasa namun kemahuan untuk menulis buku bestseller juga terniat dalam hati. Mungkin kemahuan itu dapat dinyatkan pada masa yang sesuai. Sekarang  tulis jurnal dan buku akademik saja.  Tapi bila? Bila dah betul-betul bersara mengajar dan duduk di rumah.  Agaknya. Tapi semua itu ada dalam kemahuan saya.  Mungkin akan dijelmakan impian itu, insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...