Khamis, 5 Disember 2019

BAGAIMANA MENJADI PEMBACA AKTIF

Sering kita membaca tanpa tujuan khusus.  Contohnya membaca bahan bacaan ringan.  Namun ketika membaca teks yang lebih mencabar, pembaca perlu memikirkan strategi membaca yang sesuai.  Tujuannya agar aktivit membaca yang dilalui memberi makna kepada pembaca dari segi pemahaman.

Membaca aktif adalah sebahagian daripada strategi pemahaman bacaan.  Pembacaan  juga merupakan proses yang melibatkan  aktiviti sebelum, semasa dan selepas membaca.

Membaca secara aktif bermakna pembaca melibatkan diri secara aktif semasa membaca.  Membaca aktif boleh dilakukan dengan strategi seperti berikut;

1. Membaca dengan tumpuan khusus

  • Perlu diketahui maklumat yang dicari semasa membaca
  • Cari dua atau tiga perkara yang mungkin adijadikan tugasan utama.
  • Idea utama  daripada butiran sokongan, fakta dan pendapat

2. Memecahkan teks kepada beberapa bahagian

  • Jangan rasa perlu membaca keseluruhan teks dalam satu persatu
  • Tetapkan masa dan berhenti selepas 20-25 minit dan berehat selama 5 minit
  • Sebelum mula membaca lagi, fikirkan, memproses apa yang dibaca
  • Langkau ke dalam teks untuk mencari hubungan antara idea-idea di dalamnya

3. Menyoal teks yang dibaca

  • Adakah pendapat pengarang semuanya betul?
  • Adakah maklumat yang diharapkan diperoleh?
  • Adakah sebarang maklumat yang mengejutkan ?
  • Apa yang ingin diketahui lebih lanjut?
  • Tulis soalan di bahagian margin.

4. Mencatat nota semasa membaca

  • Semasa membaca bab, tulis simbol/tanda di sebelah ayat yang difikir penting.
  • Membina kod sendiri untuk perkara yang disetujui / tidak bersetuju dengan, patut diberi perhatian, mengelirukan, dan sebagainya.
  • Tuliskan perkara penting dan fakta yang mahu ingat
  • Menyediakan  "kuiz" sehari selepas membaca untuk memeriksa secara aktif pemahaman 

5. Jika hadapi masalah dalam membaca aktif disarankan gukan langkah berikut;

  • Gunakan petunjuk , carta, jadual, dan gambar untuk membantu memahami maklumat
  • Apabila mencari makna perbendaharaan kata yang tidak diketahui, cuba meneka perkataan berasaskan kandungan teks
  • Jangan buat penelitian terlalu lama pada sesuatu perkataan sukar kerana hal ini boleh menyebabkan kehilangan momentum dalam membaca.
  • Minta bantuan orang lain apabila memerlukannya!
Kesimpulannya ialah proses membaca aktif memerlukan tumpuan dan strategi yang melibatkan pemikiran.  Cara berfikir kritis diperlukan apabila berhadapan dengan teks yang agak sukar difahami.  Pembaca aktif akan mendapati bacaannya berjaya apabila dia dapat memahami teks yang dibaca.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...