Isnin, 27 Julai 2015

Eksplorasi Eropah 7: REPUBLIC OF SAN MARINO

7 Disember 2014 (Ahad):   Selepas sarapan kami memulakan perjalanan untuk meneroka ke sebuah negara berdaulat yang kecil yang dijumpai pada kurun ke lapan.  Bandar San Marino sesuai untuk dijelajahi secara berjalan kaki. Perjalanan sejauh 450 km dari Rome dengan sekurang-kurangnya dua kali

Untuk sampai ke bandar tanah tinggi ini, Micheal banyak gunakan panduan GPS.  Sesekali dia seakan-akan meragui jalan yang digariskan dalam peta.  Jalan yang dilalui agak kecil dan tak banyak kenderaan yang ditemui.  Sesekali kami rasa cuak bila melalui jalan sempit tanah tinggi. Cuaca di luar berkabus tebal.  Pemandangan tanah tinggi yang cantik melekakan kami.

Walau jalan agak berliku dan curam dan boleh memeningkan namun mata  sukar dilelapkan.  Tapi bagi kawan-kawan yang duduk di sebelah saya, kafang-kadang sempat juga memecah kesunyian dengan alunan muzik percuma yang tak sempat diedit.  Lucu juga.  Dalam Micheal memandu dengan penuh hati-hati, muzik insaniyah bergema sekali sekala.  Boleh hilang rasa penat.  Walau bagaimanapun perjalanan perlu diteruskan.

Tempat yang paling dinanti-nantikan ialah toilet stop berikutnya.  Ditambah dengan cuaca bawah 0 darjah, jalan kecil berliku pula, maka nikmat tak terkata bila berhenti di stesen petrol yang ada toilet.

Micheal cekap dan yakin dengan perjalaan yang disediakan oleh GPS.  Kami agak cemas juga bila GPS bawa kami mengelilingi tanah tinggi curam dengan jalan sempit.  Jumpa castle lama terletak di lereng tanah tinggi.  Kami fikir ini bukan jalannya.  Micheal menerusksan pemanduannya.  Akhirnya kami sampai juga ke bandar San Marino pada lewat petang.  Cuaca semakin berkabus di sebabkan letaknya bandar ini di tanah tinggi.  Kesejukan di bawah paras suhu 0 darjah Celcius.  Sejuk, hujan renyai dan berkabus.  Hari mulai gelap dan kami hanya sempat berjalan kaki untuk melihat.

Minum kopi lagi. Sempat meneguk secawan kopi panas dan roti dalam suasan terlalu sejuk.  Di samping itu kami beratur guna tandas untuk melepaskan hajat dalam kafe yang sempit dan ramai pelanggan. Sebenarnya perjalanan mengajar kami erti kesabaran.  Kesejukan, tandas, kopi dan meneruskan perjalanan.

Perjalanan waktu malam diteruskan untuk ke Venice.  Malam ini kami menginap di Smart Hotel Holiday.  Berehat semalaman untuk meneruskan penerokaan esok ke Venice.


Pemandangan sepanjang perjalanan ke San Marino

Toilet stop

Rehat pertengahn jalan ke San Marino.  Tanah tinggi. Cuaca semakin sejuk


Cuaca semakin gelap.  Sejuk, renyai dan berkabus di san Marino.  

Bergambar dalam kabus San Marino


Sempat senyum walaupun kesejukan

Pemandangan dari puncak San Marino ketika cuaca terang

Castle tua di puncak San Marino

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...