Ahad, 12 Julai 2015

Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Kemboja 1: KLIA - Phnom Penh - Kampot - Kg Keh

6 Jun 2015:  Saya dipelawa oleh Hj Hassan untuk turut serta dalam Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Kemboja 2015 anjuran Surau Bangi Perdana (SBP) dan Akademi Imam Syafie AIS).  Ini adalah misi ketiga yang dilakukan oleh SBP ke Kemboja.  Hj Hassan merupakan tunggak dan orang penting dalam menyelaraskan aktiviti dakwah dan pendidikan SBP.  Di samping itu beliau juga komited  mengendalikan misi ke Kemboja siri I dan II yang lalu.  

Sejak tahun lalu lagi dia mempelawa saya untuk ikut serta.  Tapi pada masa itu saya tidak ada kesempatan untuk turut serta.  Walau bagaimanapun disebabkan saya sudah tamat berkhidmat di UKM sejal Mac lalu, maka peluang ini tidak saya lepaskan.  Sejak dulu lagi saya memang berhasrat untuk melihat perkembangan pendidikan di Kemboja terutama pada era pasca perang.  Di samping itu saya ingin berjinak-jinak dengan program kemasyarakatan setelah bersara.  Mungkin banyak perkara menarik yang boleh digali melalui aktiviti sebegini.

Misi ini bermula pada 6-9 Jun.  Setelah semua urusan persediaan perjalanan selesai, maka kami bersedia untuk bertolak ke Phnom Pehn (PP) melalui KLIA pada 6 Jun 2015.  Sebelum itu, pihak SBP telah menagadak aktiviti kutip derma serta mengumpulkan pakaian baru untuk disedekahkan dalam misi ini.   

Rombongan kami seramai 16 orang diketuai oleh Ustaz Zamerey (Pengasas Maahad Imam Asy-Syafei). Dari KLIA kami menaiki penerbangan MAS MH 0754 ke Phnom Penh (PP) memakan masa hampir 2 jam. Rombongan juga disertai 3 krew TV AlHijrah untuk membuat liputan dan pengambaran di MIS untuk siaran Majalah Islam.

Alhamdulillah, kapal terbang mendarat di airport PP jam 11:35 (Msia) waktu tempatan (10:35am). Setelah semua urusan imegresen dan kastam selesai, kami bersedia bertolak ke Kampot. Dari PP menaiki bas ke Kampot jaraknya 145KM. Jalan raya dua lorong agak merisaukan terutama jika ketika bas memotong kenderaan lain. Pemandu bas cekap dan jalan raya yang lurus mempercepatkan perjalanan. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di warung jual air kelapa. Laris jualan kelapa penjual warung hari itu, ditambah pula dengan cuaca panas terik.

Semasa di dalam bas, Ustaz Zamerey memberi taklimat berkaitan misi ini.  Menurut beliau, misi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta akan kehidupan umat Islam Kemboja.  Maka melalui badan seperti AIS, banyak aktiviti yang berusahan meningkatkan kualiti hidup umat Islam di sini dapat di pertingkatkan.  Peserta juga akan didedahkan dengan projek pendidikan yang telah diusahakan oleh AIS sejak 2019 lagi.  Antara projek utama AIS ialah pembinaan Maahad Imam Syafie (MIS) di Kg Keh, Kampot.  Daripada kawasan terbiar sejak sekian lama, kini MIS telah dapat menawarkan pendidikan Islam yang komprehensif dengan tumpuan kepada pendidikan menengah.  Insyaallah kami akan berpeluang untuk melihat sendiri pembangunan MIS sehingga kini.

Di samping taklimat dari Ustaz Zamerey, kami juga disajikan dengan tazkiran semasa dalam perjalanan. TG Dr Abdul Basit telah menyampaikan mukaddimah tentang perlunya kita mempunyai perasaan ingin membantu umat Islam lain tidak di kira tempat kita berada.  Oleh itu, usaha misi ini merupakan agenda yang sangat baik diberikan perhatian demi kelangsungan Islam di bumi Kemboja.

MIS terletak di Kg Keh di wilayah Kampot. Daerah Kampot merupakan daerah yang ramai penduduk Islam. Terdapat lebih kurang 33 buah kampong orang Islam di samping ada 33 masjid atau surau. Bilangan orang Islam sekitar 40 ribu.

Dimaklumkan juga bahawa wujud ajaran sesat Zahidi di Kampot. Ini akibat kurang mendalam amalan Tetapi ebrkat usaha gigih dakwah Islam yang konsisten.  Ramai pengikutnya, ajaran tersebut dapat ditangkis. Mereka bersembahyang seminggu sekali. Hari jumaat.  Puasa mereka kerjakan pada awal puasa, tengah dan akhir Ramadan.  

Bas sampai ke Maahad Imam Syafie jam 330 ptg. Kami disambut oleh kakitangan MIS serta penduduk sekitar MIS. Kami di bawa ke bangunan pendidikan MIS dan di jamu dengan makan tengahari.

Selepas makan, kami dibawa ke sekitar MIS. Kami ditunjukkan pembangunan yang sedang giat dilakukan. Antaranya pembinaan asrama perempuan. Diterangkan juga bahawa tanah yang dibeli oleh peserta rombongan kedua dari SBP sedang diratakan di samping pembinaan projek asrama tersebut.

Krew TV al Hijrah mengadakan sesi rakaman aktiviti akademik di sekitar kawasan MIS.
Facebook MIS boleh klik di sini.


Aturcara lawatan

Phnom Pehn dari udara.  Petak menunjukkan kawasan pertanian yang kering.
Bandar PP dari udara


Bersiap sedia untuk ke Kampot di PP Airport.

TG Dr Abdul Basit sednag  bertazkirah

Minum air kelapa.  Sodap tu Hj Nordin


Makan tengahari di MIS.  Cikgu Rizan tak sabar nak makan sup kambing Kg Keh

Baharu sampai

Penerangan pembangunan MIS oleh Ust Zamerey

Pembinaan asrama perempuan dalam pembinaan

Bangunan Akademik MIS

Pelajar sedang belajar

Bangunan MIS

Pintu masuk MIS

Gambar kenangan
Sesi sebelah malam dipenuhi dengan program tazkirah dan menyampaikan bantuan sadaqah di Surau kg Tropeng Semach. Kenderaan yang sesuai untuk ke Kg Tropeng ialah tut tut. Tut tut popular di sini. Rombongan kami menyewa 4 tut tut untuk ke kampung tersebut.

Perjalanan sangat mencabar. Jalan tanah merah yang berlopak-lopak memerlukan kesabaran. Kalau musim hujan mungkin perjalanan lebih lama lagi untuk sampai ke surau kampung Tropeng.

Surau di sumbang oleh kerajaan Kuwait.  Orang kampung hanya faham bahasa Khmer.  Selepas solat maghrib dan jamak isyak Ustaz Zamerey beri sedikit tazkirah bertajuk Matawang Ahkirat. menurut beliau di akhirat nanti pahala yang di buat akan bantu kita ke syurga.  

Menurut beliau juga masyarakat di sini terlalu daif.  Sesi sumbangan sedekah dilakukan selepas solat maghrib.  Oleh itu sumbangan yang diberikan berupa 5 kg beras dan sebotol minyak masak disumbangkan oleh ahli rombongan bagi mengurangkan kesukaran hidup mereka.

Kami juga dijamu makan malam oleh penduduk kampung. Menu sup kambing.

Selepas makan malam diadakan majlis penyerahan bantuan fakir miskin.  Hasil usaha ustaz Sulaiman dari Kemboja mencari senarai fakir di kg Tropeng berjumlah 150 orang.

Penamat aktiviti hari ini ialah makan durian kampot di restoran ustaz Sulaiman.  Kampot terkenal dengan duriannya yang berkualiti.  Di samping makan durian kami juga dijamu dengan buah mangga yang manis.  

Alhamdulillah, setelah tamat misi hari pertama. Malamnya tidur lena untuk teruskan aktiviti esok.

Maklumat Kampot klik di sini.


Naik tut tut ke kg Tropeng Semach.  Hampir setengah jam juga  ke sana

Tut tut

Miskin perlu pembelaan

Bertemu dua pelajar UPSI buat kerja sukarela di tadika kampung ini.  Hebat pengornbanan mereka..

Ust Zamerey beri tazkirah maghrib

Sampaikan bantuan 

Kawasan sekitar Kg Troperng. Terletak di muara sungai.  Penduduk kampung kebanyakannya nelayan.

Penutup aktiviti malam . Makan durian Kampot. Terima kasih Ustaz Sulaiman

Kualiti durian Kampot



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEDEKAH

  Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh t...