Isnin, 20 November 2023

50 KAEDAH AL-QURAN : UCAPKAN KATA-KATA YANG BAIK

 


KAEDAH 1:


"Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia." (Al-Baqarah: 83)

Manusia adalah mahkluk yang beradab secara tabii seperti yang sering dikatakan oleh kebanyakan orang. 

Interaksi yang terjadi pada setiap hari dengan berbagai pihak boleh mengakibatkan perselisihan.  Hali ini akibat  manusia memiliki latar belakang yang berbeza, pemahaman yang heterogen, dan tingkah laku yang pelbagai bentuk. 


Dari interaksi yang terjalin itulah kita akan mendengar kebaikan, dan pada waktu yang bersamaan akan terdengar keburukan. Interaksi ini juga kelihatan boleh mempengaruh kehidupan. Oleh itu, kaedah ini boleh mengatur hubungan antara sesama manusia.


Kaedah ini disebut berulang-ulang dalam Al-Qur'an lebih dari satu ayat.  Dinyatakan   menggunakan bahasa yang tegas atau bahasa yang bersifat tersirat. 


Di antara ayat yang mirip dan senada dengan kaedah ini adalah firman Allah , "Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku hendaklah ia berkata dengan ucapan yang baik." (Al-Israa: 53)


Ayat lain yang memiliki makna yang sama, dengan  Allah memerintahkan orang-orang beriman agar melakukan perdebatan dengan Ahli Kitab dengan cara yang baik. 


Allah berfirman,

"Dan janganlah kamu berdebat dengan Ali Kitab melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka." (Al-Ankabut: 46)


Juga tidak sedikit ayat-ayat yang senada dan memiliki mana seperti hal ini, (walaupun lafaznya berbeza). Renungkan semula dengan teliti firman Allah, "Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia." (Al-Baqarah: 83)


Ayat ini bercerita dalam konteks Bani Israil, iaitu Allah memerintahkan beberapa perkara yang harus dilakukan oleh mereka. Ayat ini turun di Madinah (Madaniyah), terletak di surat Al-Baqarah.


Allah menyebutkan hal serupa semasa zaman Makkah (Makkiyah).  Dalam surat Al- Israa' satu  perintah yang bersifat umum, "Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku agar mereka berkata dengan perkataan yang paling baik." Oleh itu, perintah ini tegas dan mendesak untu dilaksanakan. 


Sebahagian ulama berpandangan bahawa ucapan yang paling baik itu boleh terjadi pada gaya bahasa dan maknanya. Gaya bahasa yang diutarakan dengan penuh kelembutan dan kesantunan, tidak keras atau kasar. Sementara baik pada maknanya adalah apabila kata-kata itu menggambarkan  kebalkan. Hal ini disebabkan  pada hakikatnya ucapan dengan kebaikan itu membawa manfaat dan manfaat itu membawa kebaikan.


Sumber:

Umar Bin Abdullah Al-Muqbil (2015) "50 Kaidah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan", Jakarta: Pustaka Al-Kautsar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...