Jumaat, 6 September 2024

BAHASA KESAT DAN AMALAN POLITIK MALAYSIA

 Mengapa berbahasa kesat? Apabila wujud konflik sering bahasa kesat digunakan. Perasaan tidaknpuas hati yang tidak terkawal Akan mengakibatkan luahan perasaan yang juga tidak dikawal. Bahasa kesat yang lahir untuk merendahkan individu yang dibenci. 

Penggunaan bahasa kesat banyak diucapkan dalam media politik.  Untuk tarik perhatian umum, ahli politik sering gunakan bahasa kesat untuk jatuhkan reputasi lawan.  Dalam kempen pilihanraya umpamanya, bahasa kesat dengan memberi gelaran yang buruk kepada lawan politik menjadi senjata murahan. Malangnya pengikut parti merasa selesa dengan situasi ini.

Dalam konteks perbahasan di parlimen, perdebatan menggunakan bahasa kesat sering ditegur oleh Speaker Dewan. Namun amalan ini terus menerus diamalkan sehingga orang awam memandang rendah kepada ahli parlimen. 

Apakah dengan bercakap kasar berbahasa kesat akan menjadi nomalisasi dalam komunikasi bangsa Malaysia?

Baca rencana ini


BAHASA KESAT DAN AMALAN POLITIK MALAYSIA

  Mengapa berbahasa kesat? Apabila wujud konflik sering bahasa kesat digunakan. Perasaan tidaknpuas hati yang tidak terkawal Akan mengakibat...