Khamis, 17 Mac 2022

ISTIMEWANYA BULAN SYAABAN

HARI ini 14 Syaaban.  Selepas Maghrib ini masuklah 15 Syaaban.  Ertinya sangat besar kepada yang beriman dengan kelebihan bulan ini.  Untuk mendapatkan kualiti penghayatan bulan Syaaban, perlukan iman yang benar akan tawaran Allah tersebut.  Hati yang penuh takwa akan merasa gembira dan ternanti-nanti kedatangan bulan tersebut.  


SYAABAN adalah bulan kelapan dalam kalendar Islam. Syaaban ertinya berpecah-belah dan bulan ini dinamakan sedemikian kerana suku-suku Arab berpecah-pecah pergi mencari air. Dalam bulan ini telah terjadi peristiwa penting dalam sejarah Islam di mana peralihan kiblat dari Masjidilaqsa ke Kaabah di Masjidilharam berlaku. Dan dari sejak peristiwa itu, sembahyang ditunaikan dengan menghadap Kaabah sebagai kiblat.


Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan Rejab dan Ramadan yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah di dunia dan di akhirat, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dari Aisyah Radhiallahu 'anha yang bermaksud:


''Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana baginda Sallallahu Alaihi Wasallam akan berpuasa di dalam bulan Syaaban kemudian meneruskannya di dalam bulan Ramadan.''


Disebabkan keadaan itu tidak hairanlah seandainya ramai umat Islam yang sebelumnya susah untuk berpuasa sunat, kembali mengerjakan ibadat tersebut pada bulan Syaaban. Amalan-amalan yang baik dilakukan pada bulan ini ialah bersedekah, bersembahyang sunat, bertasbih, memohon keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala, berwirid dan lain-lain amalan yang boleh membantu mendekatkan diri kepada Allah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam banyak berpuasa sunat dalam bulan mulia ini, di samping menggalakkan umat Islam melipatgandakan amal ibadat.


Baca di sini seterusnya.


ALLAHUMMA BARIKLANA FI SYAABAN, WA BALIGHNA  RAMADAN

Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...