Isnin, 7 Mac 2022

SIA-SIAKAN SISA UMUR

Setelah kita tua, sering banyak masalah akan timbul.  Masalah kesihatan, kewangan, hubungan kekeluargaan, kecelaruan dan sebagainya.  Selalunya kita anggap umur 60 tahun dianggap tua.  Ketika itu mungkin sudah bersara, tinggal di rumah dengan isteri, anak-anak  atau sendirian.  

Dalam lingkungan umur ini, persepsi terhadap kehidupan mungkin berubah.  Jika dia sakit, mungkin dia rasa sudah sampai hujung umur.  Masa selalu banyak diguna menguruskan kesihatan.  Ketika ini, bantuan dan sokongan isteri atau pasangan sangat penting.  Bayangkan jika hidup tanpa bantuan sesiapa.  Malang baginya. 

Bagi yang sihat, inilah masanya untuk bersedia hadapi penamat usia.  Jika iman terhadap zikrulmaut tersemat di hati, rasa takut akan ancaman Allah dapat dirasakan. Waktu tersisa diisikan dengan amal soleh. Persiapan kepada kematian sepatutnya semakin diperkemaskan.

Semasa pendemik Covid, berita kematian didengar setiap hari.  Ancaman kematian terasa makin hampir.  Adakah persiapan kematian pada umur tua tersemat dalam hati.  

Dalam sebuah hadis yang maksudnya, "siapa yang suka bertemu Allah, Allah suka nak berjumpa dengannya. " Adakah kita tak suka berjumpa Allah? Maka Nabi saw terangkan kepada Aisyah bahawa orang beriman yang nak mati, pada waktu itu saat didatangi malaikat maut dan diberitahu di manakah tempat yang di tuju iaitu syurga. 

Maka apabila umur sudah tua, perkara yang paling banyak yang perlu diingatkan ialah ingatkan mati.  Persoalannya ialah apakah beza ingat mati dan takut mati?  Di mana kita?  Jangan sia-siakan sisa umur kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...