Isnin, 24 April 2023

PERJANJIAN BANI ADAM

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan daripada sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari Kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami leka terhadap ini." (QS al-A'raf, 7: 172)


Kisah Nabi & Rasul

 

Said bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., dia berkata, "Allah telah mengambil sumpah daripada keturunan Adam di Na'man pada hari Arafah. Dia mengeluarkan keturunan Adam seluruhnya sampai hari kiamat daripada bahagian belakangnya. Lalu Dia menebarkan mereka di hadapan-Nya bagaikan semut-semut kecil. Dia mengajak mereka berdialog, 'Bukankah aku ini Tuhan kamu?" Mereka menjawap, 'Betul, Engkau Tuhan kami, kami bersaksi.' Kami melakukan yang demikian agar pada hari kiamat kamu tidak berkata, "Sesungguhnya ketika itu kami lupa terhadap hal ini" atau agar kamu tidak berkata, "Sesungguhnya nenek moyang kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedangkan kami adalah keturunan yang lahir setelah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang dahulu yang sesat?" As-Surri berkata, "Allah mengeluarkan Adam daripada syurga.


Dia tidak menurunkannya sampai ke bumi, tetapi berhenti di langit. Lalu Dia mengusap sisi bahagian kanan belakangnya, maka keluarlah keturunannya, tak ubah seperti semut-semut kecil putih seperti mutiara. Dikatakan kepada mereka, 'Masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku.' Kemudian Dia mengusap sisi bahagian kiri belakangnya, keluarlah daripada situ keturunannya, tak ubah seperti semut-semut kecil hitam. Allah berfirman, 'Masuklah ke neraka, aku tidak peduli siapapun dia.' Itulah ketikanya Allah berfirman kepada golongan kanan dan golongan kiri. Lalu Allah mengambil sumpah daripada mereka.

"Bukankah Aku ini Tuhan kamu?' Mereka menjawab, 'Benar.' Maka janji itu ditepati-Nya kepada mereka. Ternyata segolongan manusia meniadi taat dan segolongan lagi berada dalam tahap perbaikan." (Al-Jazari, Al-Kamil fit Tärikhi, Jilid 1: 37). 


Nasihat & Pengajaran


Sesungguhnya penciptaan Adam daripada debu, kemudian dia menurunkan anak cucunya merupakan  kejadian yang luar biasa. Di sini terpampang jelas sifat pemeliharaan-Nya dan Keagungan ketuhanan Ketika Dia mengatakan "Jadilah", maka terjadilah. Seandainya seluruh penduduk bumi berkumpul untuk  membuat satu makhluk, seperti séekor lalat atau nyamuk, tentu mereka tidak akan mampu. Lalu bagaimana mungkin mereka menciptakan manusia yang mempunyai akal, pendengaran, penglihatan dan hati? ")


Sumber:  Tafsir dan terjemahan Al-Quran al- Karim cetakan KARYA BESTARI


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...