Selasa, 29 Julai 2008

Ungku Aziz dan BM untuk perpaduan

Profesor Diraja Ungku Aziz mencadangkan kerajaan melakukan beberapa perubahan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.

Beliau berkata perubahannya perlu merangkumi semua peringkat persekolahan termasuk di sekolah rendah hingga institut pengajian tinggi.

"Bahasa Melayu penting untuk mewujudkan perpaduan sementara bahasa Inggeris boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi negara.

"Pada masa kini, usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui bahasa dilihat sebagai tidak begitu berjaya kerana berdasarkan kepada pemerhatian, kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi masih belum sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu.

"Sistem pembelajaran adalah penting untuk wujudkan perpaduan negara.

"Saya rasa perpaduan negara melalui sistem ini masih tidak begitu berjaya," katanya ketika menyampaikan ucap utama pada Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi Bersama Kementerian Pelajaran di Universiti Putra Malaysia hari ini.

Menurut Bernama, Ungku Aziz berkata kementerian berkaitan perlu menyediakan satu agihan sistem pelajaran supaya pelajar dapat mempelajari bahasa Melayu bermula daripada peringkat yang mudah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

"Maknanya pelajar boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik, tidak rojak dan tidak telo. Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang betul, kita boleh lahirkan pelajar yang baik serta mewujudkan perpaduan kaum," katanya.

Isu bahasa untuk tujuan perpaduan telah lama diperkatakan terutamanya di dalam Laporan Razak 1956;Menurut Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak), tujuan pendidikan kebangsaan ialah:

“…menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur.”

Persoalannya ialah adakah hal ini disebabkan BM yang tidak mampu menyatukan bangsa atau pelaksanaan dasar yang menjadikan tujuan tersebut tidak tercapai?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...