Khamis, 6 Ogos 2015

Eksplorasi Eropah 13: Prague, REP OF CZECH


Hotel penginapan
11 Disember 2014:  Kami menginap di Hotel NL  Prague.  Tiba di Prague lewat malam dari Munich Germany setelah melalui lebuhraya ke sempadan Rep Czech.  Perjalanan malam yang meletihkan.  Semasa dalam perjalanan kami dapati banyak lori kontena yang parking ditempat yang dikhaskan di tepi lebuh raya.  Pemandu kelihatan bersedia untuk bermalam.  Keadaan ini berbeza dengan pemandu kenderaan berat di Malaysia.  

Di negara kita, kenderaan berat dibenarkan melalui lebuh raya pada waktu malam.  Sering kita dengar kemalanagn berlaku pada waktu malam.  Pemandu keletihan dan mengantuk.  Di EU,  pemandu kenderaan berat tidak dibenarkan melalui lebuh raya waktukkm malam.  Pemandu dihadkam waktu memandu di lebuhraya.  Bayangkan sepanjang perjalanan kami (setakat ini lebih kurang 5k km), tidak pernah kami lihat satu kemalangan di lebuhraya. Pemandu di lebuhraya bersikap profesional.  Jika tidak memotong mereka tidak akan pandu sebelah kanan (di EU pemanduan sebelah kiri).  Lorong laju untuk kereta kelajuan tinggi.  Sangat beza dengan pemandu di negara kita.  Kereta cc kecil di lorong laju.  

Setelah melalui perjalanan lebih dua jam, kami sampai ke bandar Prague., Rep Czech.   Menurut Wikipedia, Republik Czech ialah sebuah negara tanpa pantai yang terletak di Eropah Tengah. Republik ini bersempadan dengan Poland di utara, Jerman di barat laut dan barat, Austria di selatan dan Slovakia di timur. Ibu negara republik ini ialah Prague. Republik Czech terbentuk daripada tiga kawasan iaitu Bohemia, Moravia, dan sebahagian Silesia. Negara ini menyertai Kesatuan Eropah pada 1 Mei 2004.
Pada 1993, Kementerian Hal Ehwal Luar negara ini mengumumkan nama Czechia (Česko dalam bahasa Czech) untuk semua keadaan kecuali dokumen rasmi kerajaan dan nama institusi kerajaan.



Praha (IPA: [ˈpraɦa]), juga dikenali sebagai Prague (sebutan bahasa Inggeris: /ˈprɑːɡ/, ialah ibu negara dan bandar terbesar Republik Czech. Nama rasminya ialah Hlavní město Praha, bererti Praha, Ibu Negara. Bandar ini mempunyai penduduk sekitar 1.5 juta orang. Bandar Praha dibelah sungai Vltava di tengah Bohemia. Beberapa bangunan terkenal di bandar ini antara lain adalah Jambatan Charles atau Karlův most dalam bahasa setempat, Istana Praha, Jam Astronomi di Balai Bandar dan Menara Televisyen Žižkov.(Wikipedia).


Pengawal pintu masuk istana
Semasa di Prague, kami dibawa jelajah kawasan daerah istana Praha.  Di sini saya lihat istana lama ini masih digunakan untuk upacara negara.  Kebetulan semasa kami ke sini, ada upaca negara yang melibatkan pembesar negara.  Kami sempat melihat acara perarakan tentera yang kemas dan segak.  Kawasan sekitar merupakan tempat tarikan pelancong.

Sekitar Prague
Tentera Czech

Sekitar Prague

Latar Jambatan Charles
Sekitar Jambatan Charles
Kedai Cenderamata Istana Praha
Ramai pelancong di kompleks istana
Pemandangan menarik jambatan Charles

Di samling itu kami juga dapat bersiar-siar di Charles Bridge di sekitar bandar ini.  Apa lagi ambil gambar di jambatan ini.  Ditunjukkan juga Astronomical Clock.

Untuk bekalan makan tengahari, kami ke sebuah restoran Arab.  Jadi kami pesan nasi beriani.  Sementara menunggu pesanan siap, kami bertemu dengan pelancong Malaysia.  Meraka dari Kajang. Ziarah anak lelaki mereka yang sedang menuntut di Universiti di Czech.  Anaknya menuntut dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.  Menurut anaknya, tak ramai pelajar Malaysia di sini.

Setelah pesanan nasi beriani siap, perut semakin lapar.  Tapi perjalanan mesti diteruskan.  Kami bermalam di Prague selama 2 malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEDEKAH

  Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh t...