Wednesday, August 5, 2015

Eksplorasi Eropah 10: Salzburg, Innsbruck, AUSTRIA

9 Disember 2014:  Salzburg adalah sebuah bandar di Austria barat dan merupakan ibu negeri kepada negeri Salzburg. Pada tahun 2006, bandar ini memiliki penduduk seramai lebih kurang 150,000 orang. Bandar ini adalah salah satu gerbang ke Pergunungan Alp dan juga menjadi bandar kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart.
Nama Salzburg ertinya lebih kurang sama dengan maksud "Kota Garam". Hal ini merujuk kepada pos tol (cukai) yang pernah ada di bandar ini pada Abad Pertengahan, di mana pengangkutan garam yang melewati bandar ini harus membayar tol (cukai)(Wikipedia)
Kami melawat di sekitar bandar lama Salzburg dengan lambang keagungan Mozart.  Bandar lama ini banyak meninggalkan kenangan sebagai tempat lahir Mozart.  Mozart adalah adalah seorang penggubah muzik klasikal Eropah dari Austria yang terkemuka dan amat berpengaruh dari era klasikal. Beliau telah menggubah lebih dari 600 hasil karya termasuk kerja-kerja yang diakui secara meluas sebagai kemuncak kepada muzik simfoni orkestra, muzik kamar, piano, opera dan juga muzik koral.
Puisi Muzik Mirabell
Mirabell Garden
Bergambar dengan pelancong Korea di Mirabell Garden 
Menghayati alunan muzik klasik karya Mozart di Salzburg..sodap ko bunyi klasik tu

Di perkarangan University of Salzburg..Tak peri kuliah muzik pun tak mengapa..
Arca di Mirabell Garden
Jalan-jalan cari makan.. Copek sikit perut dah lapar..
Mozart cafe.  

Mozart tak nampak dah.  Hari dah malam
Selepas Salzburg kami ke Innsbruck.  Sebuah bandar tua di Austria dan singgah di Tirol region. Sempat bergambar di sekitar sungai dengan pemandangan indah.  Kami juga di bawa ke Golden Roof di bandar ini.   
Innsbruck


Menelusuri Innsbruck,  Golden Roof..

Tenang.. Sg di Innsbrucek

Selepas ini kami meneruskan perjalanan ke Germany -Fussen.  Austria bersempadan dengan Germany.  Kami dihidangkan dengan pemandangan alam ciptaan Allah yang menarik sepanjang perjalanan ke German




Ikuti perjelanan seterusnya ke German..

No comments:

Post a Comment

AL-QURAN DIJAUHI

Mengapa al-Quran dijauhi?  Malas membaca al-Quran?  Tahap percayakan al-Quran sangat rendah.  Masalahnya bukan saja menjauhi al-Quran, ta...