Selasa, 11 Ogos 2015

Eksplorasi Eropah 14: Prague - Frankfurt

Frankfurt 
12 Disember 2014:  Destinasi hari ini ialah Frankfurt, German.  Untuk ke sana, kami akan menyeberangi sempadan Czech untuk masuk semula ke German.  Untuk sampai ke sempadan kami melalui perjalanan sejauh 180 km.  Kemudian kami akan melalui lebuh raya terkenal di German, Autobahn.  Dalam kebanyakan negara, autobahn biasanya merujuk kepada rangkaian autobahn Jerman. Bagi kebanyakan autobahn Jerman, had laju disyorkan ialah 130 km/j, tetapi tiada had laju maksimum. 

Rangkaian autobahn Austria dan Switzerland masing-masing mempunyai had laju maksimum 130 km/j dan 120 km/j. Dalam Bahasa Jerman, sebutan "autobahn" adalah seperti di atas, dan kata jamaknya pula ialah "autobahnen", manakala dalam Bahasa Inggeris pula sebutan bahagian pangkal "auto-" di hadapan adalah sebagaimana perkataan "automobile". 

R&R lebuhraya ke Franfurt.  Toilet stop 
Memasuki lebuh raya


Bertemu pelajar Malaysia UK bercuti di Frankfurt.
Semasa di Frankfurt, kami di bawa ke pasar Krismas.  Seperti biasa barangan yang dijual untuk mereka yang sambut Krismas.  Tak banyak barang yang boleh dibeli.  Di sini kami bertemu dengan sekumpulan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di UK.  Mereka bercuti di Frankfurt.  Seronok dapat bertemu mereka.  Cuaca masih sangat sejuk di sini.

Jika di lihat reka bentuk bangunan di sini kelihatan perbezaan dengan bangunan di tempat lain di German.
Frankfurt.  Senibina bangunan yang unik
Santai di Frankfurt 
River Main di Frankfurt.  Melalui jambatan yang merentasi Sungai Main yang menarik.  Yang lebih istimewa, jambatan besi yang masih kukuh dan dikunjungi ramai pelancong.
River Main, Frankfurt
Berlatarkan Sungai Main 
Jambatan merentangi Sg Main 
Di kaki tangga Jambatan besi Sg Main
Tak sempat naik Cruise.  Sempat bergambar saja
Sedang bertugas. Menunggu pasangan berbelanja.   Minum kopi di Frankfurt
Makan malam di restoran Turki di frankfurt.
Setelah check in hotel, kami berjalan kaki sahaja untuk mencari restoran Muslim.  Disebabkan di Frankfurt basikal sangat banyak digunakan, maka berjalan waktu malam perlu hati-hati.  Jangan cuba nak ikut trek basika.  Tak pasal-pasal kena langgar basikal.  Penunggang basikal menunggang agak laju di sini.  Tapi saya lihat satu budaya yang elok diikut apabila pergi kerja kayuh basikal.  

Seronok makan malam di restoran Turki di Frankfurt. Bersih dan layanan yang mesra.  Makanan kena dengan selera saya.  Nik pesan karipap gergasi.  Sayang saya tak simpan gambar makanan di restoran ini. Sedap dan boleh makan ramai-ramai. Alhamdulillah.  Selepas makan kami balik ke hotel dan berehat untuk destinasi seterusnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...