Dalam bahagian awal Tafsir al-Munir, Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili menerangkan sejumlah nama Al-Quran. Antara lain ; al-Qur'an, al-Kitab, al-Mushaf, an-Nuur, dan al-Furqan(ms 2, jilid 15)
1. Al-Quran: Dinamakan Al-Qur'an kerana wahyu yang dibaca. Abu 'Ubaidah berkata, dinamakan Al-Qur'an kerana ia mengumpulkan dan menggabungkan surah-surah. Allah berfirman; "Sesungguhnya Kami yangakan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannnya." (al-Qiamah:17). Al-Quran diturunkan secara bertahap sedikit demi sedikit dan setelah sebahagiannya dikumpulkan dengan sebahagian yang lain, ia dinamakan Al-Quran.
2. al-Kitab: berasal dari kata al-katb bererti pengumpulan yang terdiri dari kisah, ayat, hukum, dan berita dalam metode yang khas.
3. al-Mushaf: dari kata asy-hafa mererti mengumpulkan syuhuf (lembaran-lembaran) di dalamnya. Abu Bakar as-Siddiq bermesyuwarah dengan beberapa orang tentang namanya lalu dinamakan al-Mushaf.
4. an-Nuur (cahaya): menyingkap berbagai hakikat dan menerangkan hal-hal yang samar (soal hukum, halal haram, hal ghaib yang tidak difahami secara nalar) dengan penjelasan yang tepat dan keterangan yang jelas. Allah berfirman,
"Hai manusia, sesungguhnya telah sampai kepadamubukti kebenaran dari Tuhanmu (Muhammad dan mukjizatnya) dan telah kami turunkan kepadamu cahayayang terang benderang (al-Qur'an)." (An-Nisaa': 174)
5. al-Furqan: dapat membezakan antara yang benar dan yang salah, antara iman dan kekafiran, antara kebaikan dengan kejahatan. Allah berfirman;
"Mahasuci Allah yang telah menurunkan Furqan (Al-Qur'an) kepada hamba-Nya (Muhammad) agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia)." (al-Furqaan: 1)
SELAMAT MEMBACA KITAB AL-MUNIR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KESAN DOSA
Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...
-
(Artikel untuk penerbitan Kompilasi Buku Kementerian Dalam Negeri 2018) ANALISIS DIALOG DALAM FILEM MELAYU Yahya Othman [1...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
Yahya Othman (PhD) Universiti Brunei Darussalam Nurliham Haji Tuah Maktab Duli Pengiran Muda Al- Muhtadee Billah Abstrak K...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan