Selasa, 1 November 2022

SYARAT-SYARAT QUDWAH SOLAT BERJEMAAH

 SYARAT QUDWAH 1:  Hendaklah sama perbuatan zahir solat makmum dengan solat imam.

  • Tidak sah solat fardu ikut di belakang orang yang solat gerhana, jenazah atau sebaliknya.
  • Tidak sah solat jenazah ikut di belakang orang yang solat gerhana atau sebaliknya.
  • Tidak sah semua solat (fardu atau sunat) ikut di belakang orang yang sedang sujud syukur atau sujud tilawah menurut qaul yang muktamad .
  • Sekiranya imam sedang berdiri yang kedua pada rakaat yang kedua  solat sunat gerhana atau imam sedang tasyahud akhirsolat gerhana, sah ikutan orang yang solat fardu  atau solat sunat yang mengikutnya ketika itu kerana telah sama zahir solat makmum dan imam.  
PERHATIAN:
  • Berlainan niat solat makmum dengan solat imam tidak menjejaskan qudwah asalkan aturan zahirnya sama.  Oleh itu, 
    • sah orang yang solat fardu ikut di belakang imam yang solat sunat atau sebaliknya. 
    • sah orang yang solat tunai ikut di belakang imam yang solat qada atau sebaliknya.
    • sah orang yang solat panjang ikut imam yang solat pendek atau sebaliknya. Seperti solat qada Isyak ikut kepada imam solat Subuh atau sebaliknya. 
CATATAN TAMBAHAN:
  • Tidak boleh orang yang solat qasar ikut di belakang imam yang solat tamam (empat rakaat) kerana menepati syarat sah solat qasar.
  • Seorang yang solat qasar tidak boleh berimamkan seorang yang solat tamam.  
  • Daripada Ibnu Abbas r,a. bahawa beliau pernah ditanya, " Mengapakah orang musafir itu menunaikan solat dua rakaat ketika bersendirian dan solat empat rakaat apabila dia berimamkan kepada orang yang mukim."  Maka jawab Ibnu Abbas, "Yang demikian itu adalah sunnah."  (Riwayat Ahmad)
Rujukan: 

Mohd Hazri Hashim al-Binbany, 2021. Memperhalusi Hukum Hakam Solat Berjemaah, Petaling Jaya:  Galeri Ilmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...