Sabtu, 12 November 2022

PILIHAN RAYA KALI INI

  1. Sudah sah,  hari Malaysia mengundi ialah pada 19 November.  Selepas kira undi selesai, maka terbentuklah kerajaan baharu. Dua minggu berkempen masing-masing parti dan calon berhempas pulas untuk memastikan kemenangan.  Menjadi calon tujuannya adalah untuk menang.  Untuk menang calon perlu memenangi hati pengundi agar memangkah namanya pada kertas undi.  Pelbagai cara digunakan untuk tujuan itu.
  2. Parti dan calon bertanding perlu memiliki strategi dalam berkempen.  Jentera parti dikerah untuk membantu calon.  Ahli parti yang setia dikerah sama.  Calon parti sudah pasti lelah semasa berkempen.  Kekuatan fizikal, mental dan wang ringgit dihamburkan untuk menang.  
  3. Strategi berkempen kini semakin mencabar.  Media sosial sangat berpengaruh dan berkesan dalam memenangi hati pengundi.  Sebut saja media sosial yang ada, semuanya digunakan.  Tik Tok, Youtube, Facebook Whatsapp antara yang sering digunakan. Pengunjung media akan mudah mengenali calon dan kredebiliti calon mudah dilihat dengan cepat.  Oleh itu kreativiti penting dalam menyatakan hujah.  Isu yang sama jika diolah dengan kreatif boleh diterima dengan mudah oleh pengundi.
  4. Melalui media sosial, kreativiti tanpa mesej yang jelas  mempengaruhi pengundi.  Pengundi yang kritis akan menilai dari pelbagai sudut pandang.  Ada yang lihat sosok fizikal, gaya berkomunikasi, idea, dan yang paling penting matang dalam berpolitik.  
  5.  Ada juga yang guna strategi jumpa bersemuka.  Kempen secara massa masih dianggap penting.   Dengan bersalam dan bertanya khabar dengan pengundi dianggap kredit tambahan kepada calon.  Kunjungi pasar, tempat keramaian, bantu mangsa kesusahan perlu didahulukan.
  6. Walaupun banyak cara untuk tawan hati pengundi, namun yang penting ialah hari pengundi memangkah kertas undi.  Pada hari itulah keputusan sebenar akan diperoleh. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...