Khamis, 10 November 2022

SOLAT BERJEMAAH: MAKMUM WAJIB IKUT IMAM

 SYARAT QUDWAH 3:  MAKMUM WAJIB IKUT IMAM

  1. Makmum wajib ikut imam dalam segala gerak solat panpa mendahuluinya dan tanpa melakukan gerak serentak dengan gerak solat imamnya.  
  2. Rasulullah SAW bersabda;  Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti.  Oleh itu apabila dia menganggakt takbir, maka angkatlah takbir.  Apabila dia rukuk, maka rukuklah... (Riwayat Bukhari (734) dan Muslim (414).  Imam Nawawi nenyebut dalam syarahnya, "Pada hadis ini menunjukkan bahawa wajib makmummengikut imam pada takdir, pada berdiri, pada duduk, pada rukuk dan pada sujud."
  3. Sabda Rasullullah SAW; "Tidakkah orang yang mengangkat kan kepalanya mendahului imam itu tidak merasa takut Allah akan mengubahkan kepalanya menjadi kepala himar atau menjadikan rupanya seperti himar?"  (Riwayat al-Bukhari (691) dan Muslim (427).
PERHATIAN: 
  1. Wajib menta'khirkan takbiratul ihram sehingga selesai takbiratul ihram imam.
  2. Jangan mendahului imam dengan dua ruken fi'li (perbuatan) sama ada rukun fi'li pendek (i'tidal) atau rukun panjang seperti rukuk membatalkan solat.
  3. Sengaja mendahului imam dengan satu rukun perbuatan adalah haram tetapi tidak membatalkan solat.
  4. Jangan ketinggalan daripada imam dengan dua rukun perbuatan tanpa uzur.

    • Batal solat makmum yang memanjangkan qiyam kerana bacaan surah yang tak dituntut sedangkan imamnya telah turun sujud kerana ketinggalan dengan dua rukun perbuatan (rukuk dan i'tidal) tanpa uzur.
    • Batal solat makmum yang memanjangkan sujud kedua di rakaat pertama sehingga imam i'tidal di rakaat kedua kerana ketinggalan dengan dua rukun perbuatan (qiyam dan rukuk) tanpa uzur.
    • Batal solat makmum yang memanjangkan qunut sehingga imam turun sujud yang kedua kerana ketinggalan dengan dua rukun perbuatan (sujud dan duduk antara dua sujud) tanpa uzur.

Rujukan:

Mohd Hazri Hashim al-Binbany, 2021. Memperhalusi Hukum Hakam Solat Berjemaah, Petaling Jaya:  Galeri Ilmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...