Sunday, March 18, 2012

KEJAM - catatan perjalanan udara Bandar Seri Begawan - KL

Mengapa kanak-kanak dibunuh kejam?. Tersentak fikiran saya dengan dunia yang semakin kacau. Walaupun selalu tersentak dengan berita yang samataranya, sebenarnya memandu fikiran kita ke arah punca terjadinya. Adakah pertimbangan manusia terhadap nyawa sudah berubah? Nyawa yang Allah anugerah diperlakukan dengan kejam. Kejam bermaksud melakukan sesuatu tanpa pertimbangan normal. Berita kematian kanak-kanak yang diculik dan dibunuh dengan dengan mayatnya dijumpai hangus dibakar adalah gambaran kejamnya manusia kini. Mungkin tindakan itu diambil oleh mereka yang tidak tahu harga nyawa yang dianugerah Allah. Sudah tentu mereka yang lakukan kekejaman itu tergolong dalam kalangan manusia tanpa akal waras.

Namun semua insiden itu memerlukan kita berfikir akan kuasa akal. Adakah akal yang dimiliki manusia tidak dapat membantu membandingkan nilai kehidupan? Mungkin nilai yang diberikan untuk nyawa sekadar dinikmati sekilas pandang. Semakin ramai manusia yang tidak mampu meletakkan tanda aras bagi hidup bahagia. Adakah akan berlaku semakin ramai nyawa kanak-kanak melayang angkara manusia yang tidak berfikiran waras? Atau perlakuan kejam itu akan menjadi semakin tidak terkawal akibat sistem kehidupan yang kelihatannya juga tidak terkawal hala tujunya. Apakah agaknya tujuan hidup manusia yang membunuh kanak-kanak yang tak berdosa itu?

No comments:

Post a Comment

Doa memohon hidayah, takwa, sifat 'afaf dan ghina

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى "Allahumma inni as-alukal huda wat tuqo wal ‘afaf wal ghina.”  ...