Saturday, March 31, 2012

Apa itu penyelidikan pendidikan kualitatif?


Merancang projek penyelidikan boleh dibandingkan dengan perancangan untuk bercuti. Sebelum memulakan perjalanan, kita selalunya akan mengambil kira jenis perjalanan yang akan dibuat, apa yang kita suka lakukan, kos, nak pergi ke mana, cara terbaik ke sana, berapa lama nak ke sana dan banyak soalan lain. Begitu juga jika kita nak buat penyelidikan. aspek asas yang perlu diambik kira ialah orientasi falsafah (philosophical orientation). Apa yang kita percaya berkaitan nature bagi sesuatu kenyataan, berkenaan pengetahuan, dan tentang production of knowledge? Penyelidikan pendidikan sebenarnya ialah menghasilkan ilmu pengetahuan tentang dunia pendidikan.

Ada tiga orientasi kepada penyelidikan. Carr dan Kemmis (1986) senaraikan tiga bentuk asas penyelidikan pendidikan; positivist, interpretive, dan critical. Bentuk positivist, pendidikan atau persekolahan dianggap sebagai objek, fenomena, atau sistem penyampaian yang boleh dikaji. Contoh kajiannya ialah keciciran dalam persekolahan, dan literasi luar bandar Bentuk interpretive pendidikan dilihat sebagai proses dan sekolah adalah pengalaman langsung. Pengetahuan berkaitan proses tersebut diperolah melalui mod inkuiri secara induktif, hipotesis atau penjanaan teori. Contohnya, memahami perpetif keciciran daripada kaca mata pelajar yang tercicir. Pnyelidikan kritikal pula mengambil kira reka bentuk institusi sosial untuk transformasi sosial dan budaya. Contoh kajian ialah menyelidik bagaimana institusi sekolah distrukturkan sehingga mengundang masalah keciciran bagi pelajar menegnah atas.

Rujukan: Merriam, S. B. (2001) Qualitative rsearch and cases study applications in education. San Francisco: Jossey_Bass Publishers

No comments:

Post a Comment

SOLAT KHUSYUK (1)

Solat dengan sempurna adalah tonggak dalam membina agama dalam diri insan.  Oleh kerana membina dalam diri adalah wajib bagi keselamatan di ...