Ahad, 1 April 2012

Iktiraf felda

Sejak semalam, beberapa berita berkaitan Felda saya baca dan tonton melalui tv. Walaupun bertugas di Brunei, isu-isu berkaitan felda masih saya ikuti. Berita tentang karnival Iktiraf, yang sedang berlangsung di KL menarik perhatian saya. Ketika berehat di hujung minggu, saya tonton TV 1 yang buat liputan program Iktiraf. Disebabkan saya dibesarkan di Felda (sejak 1960), maka rancangan ini menarik hati saya. Program ketengahkan kejayaan Felda kini. Tapi liputan utama adalah aktiviti sosial yang meliputi main kompang, pertandingan sukan, hiburan popular, pameran dan sebagainya. Kata ketua Seranta Felda semasa temu bual dengan TV 1 pada siaran pagi Ahad, ada 20000 orang Felda serta karnival tersebut. Hebat. Ramai sungguh orang Felda datang KL. Dia kata Felda semakin maju melalui transformasi kerajaan. Bila ditanya isu FGVB, senaraian itu dia kata sangat baik. Kalau tak buat sekarang, Felda akan rugi. Lebih banyak kebaikan yang akan diperoleh peneroka. PM Najib nak umum durian runtuh Mei ini untuk peneroka.

Memang banyak sumbangan Felda. Tak dapat nak sangkal. Dari segi pembangunan insan, ramai profesional yang telah dilahirkan. Jurutera, doktor, peguam, pensyarah dan ramai lagi telah berjaya dilahirkan menerusi Felda. Saya sempat cari maklumat melalui Google seorang kawan yang sama bersekolah rendah dan menengah dulu. Dah lama tak dengar cerita dia. Google kata sekarang dia adalah Managing Director syarikat caringali minyak terkenal di rantau ini. Dulu (70an) dia sama sama kayuh basikal ke sekolah menengah sejauh 10 batu dari felda. Masa itu jalan tanah merah lagi. Dia seorang yang cerdik dan akhirnya berjaya dalam kerjaya. Ramai lagi kawan-kawan yang sama sedarjah yang berjaya. Ada yang bertugas pegawai tinggi tentera, pensyarah, usahawan berjaya, guru dan sebaginya. Walau bagimanapun, saya tak lupa juga ramai juga kawan-kawan tak berjaya dalam hidup mereka. Disebabkan banyak masalah sosial yang wujud. Yang paling jelas masalah penagihan dadah. Ramai yang terlibat ketika itu hingga sukar untuk dibenteras dan dipulihkan.

Itulah cerita Felda kini. Umurnya semakin tua, begitu juga penerokanya. Generasi seterusnya juga setua pengalaman yang diperoleh di Felda. Semua itu tak boleh nak dipadamkan dalam hikayat hidup saya yang membesar dan menapak sehingga sekarang ini. Pahit manisnya tidak dapat dihapuskan dalam ingatan walaupun sekarang tidak lagi tinggal menetap di Felda.

Kini, Banyak isu hangat Felda yang diketengahkan. Isu politik terutamanya. Felda disajikan dengan polemik terhangat kini iaitu isu penyenaraian FGVH. Kerajaan yang nak senaraikan ada hujahnya, manakala yang menentang pula ada hujahnya pula. Semua itu adalah survival Felda yang telah diktiraf. Boleh baca berita berkaitan di sini, sini, sini dan sini juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEDEKAH

  Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh t...