Khamis, 7 Mei 2015

Eksplorasi Eropah 3: Inilah Switzerland

Tak lengkap kembara ke Eropah tanpa berkunjung ke Switzerland.  Kami bertolak dari Paris dan singgah di Fontainbleau. Kami  sempat lawat Palace of Napoleon Bonaparte.  Semasa sekolah dulu pernah baca tentang Napoleon. Tokoh utama revolusi Perancis. 

Sepanjang perjalanan ke Switzerland kami dihidangkan dengan pemandangan French farmland dan Swiss valley.  Memang cantik walaupun cahaya matahari kurang keras sinarannya sebab musim sejuk sekarang.  Semakin menghampiri sempadan Swiss semakin tebal kabus sejuk menerpa. Macheal memandu dengan cermat sehinga kami sampai ke  Geneva.

Kami sampai di Geneva, Swiss lewat petang dan sempat bergambar di hadapan ibu pejabat UN dan  Red Cross HQ. kami juga dibawa bersiar-siar di bandar Geneva melihat Reformation Munoment (kerusi gergasi, tapi hanya ada tiga kaki, satu lagi sememangnya patah.  Memang asal patah bagi gambarkan hebatnya reformasi).  Di samping itu kami sempat melawat kawasan yang terkenal dengan jam Swiss.  Hanya sempat ambil gambar di Floral Clock walaupun tak beli jam Swiss.  Ambil gambar di Jam Floral pun dah cukup hebat.  Geneva kami dah sampai... 

Selepas itu kami terus balik ke hotel untuk bermalam.  Yang hebatnya ialah hotel/atau apartment kami di Perancis.  Maknanya sekali lagi seberang sempadan antara negara.  Switzerland bukan ahli Kesatuan Eropah (EU).  Negara ini dikatakan boleh berdiri sendiri tanpa bantaun EU.  terutama dari segi keupayaan ekonomi. Sebuah negara yang kaya dan terkenal dengan sistem kewangan yang kukuh.  Banyak yang simpan duit kat sini.  Katanya selamat dan tinggi kerahsiaannya.

Kami tak simpan duit tapi sempat menaburkan duit kat sini. Mata wang yang digunakan di sini Swiss Franc.  Switzerland tak guna mata wang EU.  Begitu juga England. 

Kami sampai ke hotel dalam 2 jam perjalanan dari Geneva.  Waktu hampir 10 malam.  Sesampai di apartment ini, kami kena tunggu pengurusan buka pintu.  Kami terpaksa berada di luar  sementara pintu dibuka.  Kepalang sejuk berada di luar hotel.  Mungkin di bawah 5C. Micheal dapat selesaikan masalah tersebut walaupun terpaksa memarahi pengurusan hotel.

Pagi esoknya seperti biasa sarapan jam 7 dan teruskan perjalanan jam 8 pagi.  Jadual hari  ini padat dengan misi jelajah Switzerland semula.  Mula-mula kami di bawa meninjau keindahan Lake Geneva melalui sepanjang Lausanne Drive menuju ke IOC City.  Sempat ambil gambar keindahan tasik yang luas dan cantik semasa singgah toilet stop di R&R seberang tasik.  Suasana tenang dan indah. Kami juga dibawa ke Montreux yang terkenal dengan festival musik. 

Tempat yang sangat menarik dan indah kami lawati hari ini di Gruyere Villlage.  Merupakan kampung yang berhampiran dengannya ada Chillion Castle.  Gruyere terkenal dengan perusahaan keju (cheese).  Nama sahaja kampung tapi dengan pemandangan yang indah dan tenang, kami dapat menikmati keindahan ciptaan Allah ini.  

Sempat juga kami makan tengah hari di tanah lapang berhampiran R&R kampung ini. Kami makan berbekalkan produk Brahim. Memang menyelerakan walaupun makan di persekitaran yang sangat sejuk. Untuk memanaskan badan, saya sering minum kopi 3 dalam 1.  Kopi ini  saya siap sedia di dalam termos air yang disediakan di hotel pada sebelah pagi.  Seronok juga dapat minum kopi dari Malaysia di Switzerland.

Di dalam kompleks R&R di sini terdapat pameran perusahaan membuat keju yang terkenal. Saya lihat kecanggihan teknologi membuat keju menggunakan mesin automasi yang dikendalikan komputer sepenuhnya. 

Kami tunaikan solat zuhur di kawasan lapang berhampiran tempat pameran membuat keju.  Sepanjang perjalanan di dalam eksplorasi Eropah, kami akan mendirikan solat sama ada di celah ruang sempit di R&R atau kawasan lapang yang difikirkan sesuai bersolat.  Kami memohon restu dari Allah swt ketika bermusafir.  Mohon Allah memberikan keberkatan perjalanan kami serta dapat menambah keimanan dan takwa akan nikmat menjelajah bumi ciptaanNya. Walau di mana saja kami berada dan sesejuk di bawah 0C suhu yang mencucuk-cucuk tulang temulang kami, fardu tetap ditunaikan.  Micheal kata, kumpulan kami adalah kumpulan pelancong yang tak tinggal solat..

Selepas Gruyere Village, kami meneruskan perjalanan menelusuri perjalanan melalui pemandangan lembah bergunung ganang untuk ke GSTAAD melihat salji gunung di Glacier 3000.  Sepanjang perjalanan kami dipaparkan dengan keindahan kawasan kampung dengan kehijauan yang memukau pandangan.  Sungai yang mengalir deras walaupun tidak sedalam mana.  Air jernih dan mengalir sepanjang perjalanan kami ke Glacier 3000.  Lembu-lembu peliharaan tidak kelihatan sebab musim salji.  Lembu perlu disimpan di kandang tertutup dan diberi makan secukupnya.  Hanya kelihatan gulungan rumput besar yang dijadikan makan lembu.  Pergerakan manusia pun kurang dilihat dikawasan ini.  Mungkin mereka menjalankan aktiviti indoor berbanding outdoor.  Tapi bagi kami yang tak pernah alami cuaca sebegini sejuk, peluang ini sangat menarik untuk dilalui.

Kami di bawa oleh Micheal melalui jalan berliku-liku dan sempit untuk sampai ke Glacier 3000.  Sampai di puncak Glacier 3000 iaitu pusat untuk penggemar bermain ski menaiki kereta kabel ke puncak gunung.  Di sebabkan cuaca yang sangat sejuk dan berkabus di puncak, maka hasrat untuk naik kereta kabel tak tertunai.  Nanti hanya dapat tengok kabus sejuk tanpa menikmati keindahan alam yang sebenarnya.  Walaupun begitu, ada juga kawan yang sangat berhajat nak naik kereta kabel ke puncak gunung bersalji.  Namun hajat nyatak sampai…nanti kita pergi lagi,  Insyaallah.

Sebelah malam kami sempat melihat-lihat dan akhirnya beli cendera mata.  Dapatlah juga beli jam tangan buatan Swiss.  Pilih yang harga harga murah saja.  Yang penting kenangan beli jam di Switzerland..
Mereka sangat mementingkan keamanan dunia.  Waktu malam pun berkunjung kepejabat UN di Geneva
Kesejukan di Geneva


Floral Clock, Geneva.  Walaupun tak beli jam, bergambar di sini pun ok
Selepas sarana, bersiap nak memulakan penerokaan selanjutnya  ke Switzerland

Sazali dan Noraini..Membelakangi Lake Geneva..puas hati bang..
Toilet stop..minum kopi..ambil gambar..teruskan perjalanan ke Lake Geneva..

Pemandangan dari Gruyere Chillion Castle..cantik tapi berkabus

Chilean castle, Gruyere.. Gambar ada aski..Yazid dan Normah bersenam kesejukan
Nak minta kerja buat keju kat sini pulak
Keindahan alam Swiss Valley
Pertengahan puncak ke Glacier 3000.. Keindahan yang memukau
Glacier 3000, sojuk tak tu..

Hj Yazid bergaya di puncak Glacier 3000.  Pijak salji tu..

Tak dapat main salji pun, ambil gambar pun ok
Catatan refleksi ini dibuat di Hotel Park Avanue, Sungai Petani Kedah.   Ketika ni bertugas sebagai penilai ujian kemahiran bertutur guru-guru bukan opsyen  peringkat Pulau Pinang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...