Khamis, 21 Mei 2015

Catatan Keningau

Pemandangan laut biru dari hotel di KK
Saya ke Sabah pada 16-19 Mei 2015 bertugas sebagai penilai Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) bagi  guru bukan opsyen di KK dan Keningau.  Di KK saya menginap di Hotel Klagan.  Pada 17 Mei bertugas di UMS dan 18 Mei di Keningau.  Setelah tamat tugas di UMS, kami terus ke Keningau.

Dari Kota Kinabalu, kami bergerak ke Keningau melalui Banjaran Crocker yang memakan masa hampir tiga jam.  Perjalanan dimulakan jam 5 petang dan setelah melalui jalan semakin mendaki dan bengkang bengkok kami akhirnya sampai ke Keningau sekitar jam 8 malam.  Pemandu van kami, Amin pelajar di Kolej Universiti Islam Melaka memandu dengan cekap.  Dia dah biasa dengan jalan yang dilalui.  

Disebabkan perut yang dah mula lapar, kami mencari restoran untuk makan malam.  Setelah berpusing-pusing di bandar Keningau, kami akhirnya bertemu sebuah restoran yang sesuai untuk makan malam.  

Setelah makan malam kami ke Hotel Perkasa untu bermalam.  Hotel ini agak sunyi sebab hanyak kumpulan kami saja yang menginap di sini.  tapi yang penting badan perlu direhatkan.  Esok, tugas sebagai penilai perlu diteruskan.  Tidur perlu cukup..

Pemandangan muka bumi Kengingau dari hotel


Selepas sarapan saya bersama Dr Shamsudin, Dr Azhar dan Asliza dibawa ke Taman Pertanian Tenom oleh Amin.  Perjalanan 41 km ambil masa hampir sejam untuk sampai ke sana.  Malang, sebab setibanya kami di sini pintu taman ditutup rapat. hari Isnin taman ini ditutup untuk pelancong.  Jadi kami mabil gambar kenangan saja.  Kemudian kami ke pekan Tenom,  lebih kurang 4 km dari taman ini.  Tujuannya nak cari kopi Tenom. Tenom terkenal dengan kopinya.  Kami singgah disebuah kilang kopi di pekan ini.  Sempat juga minum Coffe Latte di sini.  Memang sedap dan berbaloi dengan RM 6 segelas.  Kami juga beli sejumlah kopi untuk dibawa balik.


Tak ada rezeki nak teroka Taman Pertanian Sabah Tenom


Kopi Tenom

Kopi Tenom berguni


Tamat tugas sebagai penilai di SJK Cina Yuk Yin Keningau, kami dihadiahkan kulit kayu manis oleh pegawai Pejabat Pendidikan daerah Keningau.  

Kulit kayu manis hadiah dari PPD Keningau


Selepas persiapan untuk ke Kota Kinabalu beres, kami bertolak jam 5 petang.  Jika semasa datang ke Keningau kami sapai sebelah malam, kini kami perlu meredah semula banjaran Crocker melalui Tambunan.  Cuaca cerah dan Amin memandu agak laju jugak semasa mula mendaki.  


Bulatan pekan Tambunan.  Dalam perjalanan ke KK


Kuda Tambunan cari rezeki

Cantinya pemandangan

Selfi di hentian puncak gunung
Puncak gunung banjaran Crocker
Dah sampai sini

senja di puncak gunung
Matahari terbenam di banjaran
Amin, pemandu van kami



Sampai semula ke KK hampir jam 8 malam dan terus cari makan malam.  Selepas selesai, kami ke Hotel Klagan dan check in semula.  Berehat dan bercadang untuk ke pasar ikan selepas solat subuh keesokannya.

Sebelum  ke lapangan terbang, saya sempat beli ikan kering dan ikan bilis  di pasar sebelah pasar Filipina.  


Makanan kering 

Memilih-milih











































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...