Jumaat, 1 Mei 2015

Setelah tamat berkhidmat di universiti


Setelah bertugas di tiga buah universiti sejak 1998 (UPM, Universiti Brunei Darussalam,  UKM), saya telah dapat menghasilkan lebih 25 artikel jurnal, 6 buah buku akademik, 8 bab dalam buku, puluhan artikel popular, prosiding seminar, dan modul pembelajaran.  Alhamdulillah,  statistik dalam Google Scholar hari ini menunjukkan sejumlah 50 citation dan 5 high index dicatatkan.  


Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

Walaupun tidak berpeluang untuk pergi lebih jauh lagi dalam dunia akademik, namun saya berasa puas dan gembira kerana dapat menyumbang bagi menambahkan lagi khazanah ilmu terutama kepada mereka yang memerlukan rujukan dalam bidang pengkhususan saya.  Di dalam blog academia.edu beberapa artikel jurnal saya juga telah dirujuk oleh ribuan pengunjung.  


Boleh baca di sini statistik tersebut

Sumbangan saya dalam dunia akademik terutama dalam pedagogi Bahasa Melayu serta kajian yang berkaitan membaca dan literasi tidaklah seberapa.  Sekadar memenuhi kekosongan yang ada.  Di samping itu tertanam minat dan kecenderungan untuk menyumbang bagi membantu pengkaji dalam bidang ini.

Setelah tamat perkhidmatan saya di UKM pada 7 Mac 2015 yang lalu, saya akan cuba menyumbang dalam bentuk penulisan bersifat ringan terutama di dalam blog.  Saya juga berhasrat untuk memperbaiki dan menambah baik beberapa buah buku akademik yang pernah saya tulis sebelum ini. Insyaallah.  Semoga Allah memberi kekuatan untuk berkarya...menulis untuk menajamkan minda dan meneroka keagungan ciptaan Allah agar sisa umur ini dapat menuju keredaan Allah...Amin




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...