Ahad, 17 Januari 2016

Anekdot Amal 6: Buta mata tapi tak buta hatinya

"Bila kita baca al-Quran, mesti tahu makna yang dibaca.  Mungkin Allah larang kita.  Mungkin Allah minta kita buat.  Mungkin Allah murka.  Atau Allah nak tunjukkan kuasa yang ada pada-Nya."  Begitulah antara intipati kuliah Ustaz Tajul.  Saya terpegun lihat cara dia beri kuliah.  Matanya buta.  Tapi hatinya sangat bercahaya.  Isi tazkirahnya sudah biasa didengari.  Bab baca al-Quran   Namun yang saya rasa penting ialah makna dari ayat yang dibaca.  Dia kata tiada faedah kita hafal, kita banyak baca al-Quran tapi tidak tahu kandungan bacaan kita.  Tidak memberi erti kepada diri pembaca.

Saya teringat sahabat semasa bertugas di Brunei dulu.  Umurnya  dalam lingkungan akhir 60-an.  Sahabat saya kata, dia tidak akan baca maksud ayat al-Quran yang dibaca.  Dia tak baca tafsir ayat itu.  Pada pandangan dia dengan membaca tafsiran ayat boleh memberi pelbagai kefahaman.  Maksudnya boleh memberi keliru bila kita baca tafsiran.

Satu lagi keadaan ialah ada sahabat yang sangat rajin baca al-Quran   Datang awal iktikaf di masjid.  Baca al-Quran tak henti-henti.  Lepas solat sambung lagi membaca hingga tak berzikir.  Tapi saya lihat yang diutamakannya ialah banyaknya bacaan al-Quran   Amat jarang dia nak buka al-Quran terjemahan.  Amalan utamanya saya perhaikan ialah baca sebanyak mungkin.  Mungkin nak khatam berulang kali.

Maka tidak hairanlah jika saya perhatikan dia kurang minat nak dengar kuliah.  Bila ustaz bertazkirah, dia akan ambil al-Quran dan terus baca.  Majlis ilmu di anggap p tak enting.   Saya fikir adalah lebih baik jika menuruti pandangan  ustaz.   bacalah tapi perlu faham dan tadabbur dengan kandungannya.  Ustaz, walaupun buta matanya tapi terang hatinya dalam mengungkapkan ilmu.   Subhanallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...