Sabtu, 2 Januari 2016

Anekdot amal 4: Al-Quran dan tonton TV

Tazkirah lepas maghrib kali ini disampaikan oleh Ustaz Hassan.  Malam ini dia guna projektor LCD.  Dia nak tayangkan ayat berkaitan dengan hujah sokongannya dari petikan kitab lama. Itu adalah cara dia nak tanakm minat teroka isi al-Quran.  Dia akan guna al-Quran terjemahan perkata terbitan Indonesia. Beliau mengupas maksud ayat 30 surah al-Furqan.  Maksud ayat tersebut, Dan berkatalah Rasul:  Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai."

Ustaz menceritakan perihal kurangnya tumpuan diberikan terhadap usaha baca al-Quran   Usahkan hendak dijadikan perlembagaan, dibaca pun tidak.  Jika dibacapun ramai yang kurang beri perhatian terhadap maksud ayat yang dibaca.  Jika zaman datuk nenek kita zaman dahulu baca al-Quran tapi tak faham ada juga betulnya.  Namuin jika kini baca al-Quran tapi tak faham dikira bermasalah.  Banyak  cara al-Quran yang sertakan maksud ayat.  Tapi tak dibaca.  Oleh itu akan wujud orang Islam yang baca al-Quran tapi tak faham maksud yang dibaca. 

Mengapa kita kurang baca al-Quran   Di mana masa dihabiskan jika tidak baca al-Quran   Bagi anak-anak yang banyak masa lapang masa cuti sekolah, adakah mereka baca al-Quran  Itu persoalan yang diajukan oleh Ustaz Hassan.  Makmum terkebil-kebil matanya bila disergah oleh Ustaz Hassan.  Hujah yang diutarakan oleh beliau betul belaka.  Nak menngiakan takut malu.  


Pengaruh TV sangat kuat dalam kehidupan keluarga.  Tengok drama, hiburan melawak dan nyanyi-nyaian banyak melalaikan umat,  hujahnya lagi.  Jadi macam mana nak ajak anak baca al-Quran   Dulu sebelum zaman teknologi, balik masjid selepas solat Isyak ayah ajak anak baca al-Quran   Jadi Ustaz cadangkan agar suasana tersebut dikembalikan.   Baharulah ibadat baca al-Quran dapat diterapkan.  

Sepanjang saya dengar tazkirah ustaz Hasan beberapa tahun kebelakangan ini, dia akan kaitkan tabiat malas baca al-Quran dengan tabiat menonton TV.  Banyak pengaruhnya kata beliau.  Banyak yang haram kita tonton dari yang halal.  Hampir setiap sesi tazkirah dia akan salahkan TV.  Dia kata dia tidak peduli apa orang kata.  Pada beliau,  selagi al-Quran tidak dibaca dan difahami selagi itu umat Islam akan terpengaruh dengan pelbagai gejala negatif.  Ini semua akan lemahkan orang Islam.  Makmum tetap mengangguk setuju.   Walaupun selepas balik dari solat isyak anak isteri di rumah menonton drama kesukaannya namun hujah ustaz Hasan tetap dengan kebenarannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...