Selasa, 5 Januari 2016

Anekdot Amal 5: Indahnya Sabar

Perjalanan tidak lancar.  Kaki kanan asyik menekan pedal brake.  Kenderaan masih memenuhi lebuhraya.  Empat lorong masih belum cukup untuk tampung kenderaan.  Kereta semakin banyak di jalan.  Ditambah pula dengan musim perayaan.  Ramai yang ingin balik ke kampung. Jika musim cuti sekolah pula ramai pula yang adakan kenduri kendara.  Jadi banyak tujuan pemandu yang sedang bersesak-sesak di jalan.  Masing-masing fikirkan bila nak sampai ke destinasi.

Bagi yang nak cepat macam-macam teknik dan aksi memandu dilakukan.  Ditambah memandu dengan nafsu amarah.  Maka semakin tak terkawal kadang-kadang cara memandu. Jika di lebuh raya, ada pemandu yang agak lambat ambil tempat sebelah kanan lorong.  Maka pemandu yang memandu kereta kuasa tinggi akan marah.  Kuasa kuda kerata mereka tinggi.  Kereta di hadapan mereka tak nak ke kiri lorong.  Masih kekalkan kelajuannya.  Pemanduan bersantai tanpa fikirkan keselamatan diri dan orang lain.

Berbeza dengan cara memandu pemandu di lebuh raya negara Kesatuan Eropah.  Pengalaman  mengembara di hampir 13 buah negara Eropah tahun lalu memberikan pengajaran bermakna kepada saya . Pemandu sangat beretika di lebuh raya.  Panduan dan arahan papan tanda di patuhi.  Kesabaran pemandu pada tahap tinggi.  Lorong kiri diguna untuk tujuan memotong sahaja.  Pemandu akan kembali ke lorong kanan selepas memotong.  Kita dapat lihat situasi ini di lebuh raya di Perancis, Itali, Austria, German, Belgium,  Holland, Switzerland, Slovania, mahupun di Rep Czech.  Memandu   dengan lancar dan rasa selamat.  Ini disebabkan undang-undang dipatuhi.

Bagi menunjukkan tahap toleransi yang tinggi di jalan raya, sikap penunggang motosikal di Bandar Ho Chi Minh boleh diikut. Mereka bersabar di jalan raya.

Semasa bertugas di Brunei Darussalam, pemandu di sini juga kebanyakannya beretika.  Mereka amat mementingkan pemandu lain semasa memandu.  Mereka sering memberi laluan kepada pemandu lain dengan rela hati.  Kadangkala dengan senyuman. Jika bertemu dengan pejalan kaki yang ingin melintas jalan, mereka akan diberi keutamaan.  Membunyikan hon dianggap perbuatan kurang sopan.  Oleh itu, jika ada pemandu di hadapan yang menunggu kereta hadapannya untuk undur keluar dari petak letak kereta,  kereta lain tidak akan bunyikan hon.  Bagi mereka tindakan itu tidak salah. Mungkin kali ini rezeki dia dapat petak tersebut.  Mereka sabar tunggu walaupun kereta berbaris panjang.  

Untuk mendidik kesabaran semasa memandu dijalan raya, pendidikan memainkan peranan. Hal ini berlaku di Brunei. Pengguna dididik guna bulatan jalan rayadan  hendak melintas jalan  melalui dokumentari TV.  Walaupun kelihatan tak berapa pendting tapi beri kesan jika diulang-ulang perbuatan tersebut. Di samping itu, didikan guna jalan raya  juga dibuat melalui khutbah Jumaat.  Saya pernah dengar khatib menegaskan, jika kita beri laluan kepada seseorang maka pada waktu lain kita akan dimudahkan perjalanan oleh Allah. Maka kesabaran semasa memandu sangat dituntut.  

Berfirman Allah, Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu serta tetaplah bersikap siaga di samping bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (Ali Imran, 3: 200).  Menurut Ibn Qayyim dalam bukunya Indahnya Sabar,  jika manusia menahan diri daripada pujukan hawa nafsu untuk melakukan perbuatan tidak baik, dan hal itu telah menjadi tabiat, mentaliti, dan jati dirinya, maka itu disebut SABAR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...