Isnin, 11 November 2019

RUMAH BOT, TASIK DAL SRINAGAR

Sebuah rumah bot 
Pemandangan  latar belakang rumah bot
Setelah bermalam dan menikmati keindahan Gulmarg di tanah tinggi diliputi salji, kami turun semua ke bandar Srinagar untuk merasai pengalaman mendiami rumah bot (house boat) Tasik Dal.  Tasik Dal ( Hindi : डल झील) adalah sebuah tasik di Srinagar , ibu kota musim panas di utara India, negeri Jammu dan Kashmir . 

Bandar tasik, yang merupakan bandar kedua terbesar merupakan bahagian integral untuk pelancongan dan rekreasi di Kashmir dan digelar "Permata di mahkota Kashmir" atau "Jewel Srinagar". Tasik ini juga merupakan sumber penting untuk operasi komersil dalam dan sumber air bersih .

Tasek Dal
Dari seberang jalan, kelihatan pemandangan seakan rumah kayu yang merupakan bot besar yang dijadikan rumah untuk disewa.  Deretan bot kayu mendominasi tasik yang airnya tenang. 

Memandangkan rumah bot terletak agak ke tengah tasik, pengangkutan utama adalah shikara iaitu sampan berbumbung yang dihias cantik dengan pelbagai dekorasi. Rumah bot antara penginapan terkenal dalam kalangan pelancong dan dikatakan tidak lengkap kunjungan ke Jammu Kashmir jika tidak bermalam di situ.  Sampan dihiasi dengan warna warni.  Rumah bot yang akan kami diami untuk semalaman mengandungi empat bilik. Siap dengan kemudahan tandas dan ruang tamu yang agak selesa.  

Hiasan dalamannya banyak di perbuat dari ukiran kayu.  Kami disediakan minuman petang. Setelah itu kami dibawa menikmati suasan persekitaran tasik dengan menaiki sampan yang dikayuh. Dalam masa yang singkat sampan kami dihimpit samapan yang dipunyai oleh peniaga dengan pelbagai jenis jualan.  Ada yang jual makanan, cenderamata, sewa pakaian tradisional dan sebagainya.  Peniaga akan berusaha memujuk rayu  agar kami membeli barangan mereka.  Ada yang sanggup ikut sampan dengan merayu untuk jual sekotak kecil saffron.

Setelah malam kami dibawa ke sebuah kedai karpet dan barangan tekstil .  Kedai karpet ini menawarkan harga yang agak baik untuk karpet kualiti Kashmir dan diuruskan penghantaran.  Setelah membeli barangan tekstil seperti kain sari (kegemaran orang perempuan), kami ke rumah bot untuk makan malam.  

Pihak pengendali bot menyediakan pakej makan malam masakan tradisi Kashmir. Memang menyelerakan. Tauke rumah bot juga datang pada malam itu dan kami sempat berbual dengannya.  Dia beritahu bahawa dia memiliki beberapa buah rumah bot di sekitar Tasik Dal. 


berjualan dalam sampan


berjualan 


Pemandangan menarik dengan sampan Shikara

Keunikan ukiran kayu dalam rumah bot

Dekorasi yang cantik

Rumah bot dari luar


Pakaian gaya Kashmir, kena sewa...


Pemandangan di sekitar rumah bot






Pemandangan di seberang tasek

Pelajar Kashmir

Pemandangan menarik

Gaya kashmir


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...