Selasa, 12 November 2019

TAJ MAHAL, AGRA INDIA



Semasa di New Delhi kami sempat melawat Taj Mahal di Agra.  Perjalanan menaiki van pelancong mengambil masa lebih dua jam.  Perjalanan melalui lebuh raya yang sama kualitinya dengan PLUS di Malaysia.  Di kiri kanan jalan kelihatan kawasan pertanian terutamanya padi.

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.

Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia ialah contoh terbaik Seni Bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan dan gaya seni bina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata seni bina Islam'.

Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu daripada 7 benda ajaib di dunia. Bandar kecil seperti Taj Ganji atau Mumtazabad dibina bagi pembinaan bazar dan pasar serta medan caravan.
2-3 juta orang pelancong datang setiap tahun dan 200,000 daripadanya pelancong asing terutama bulan Oktober, November dan Februari. Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan kaki dari tapak meletak kereta dan bas elektrik. (Sumber Wikpedia)


Manusia berduyun-duyun kunjungi Taj Mahal





Bangunan di bahagian hadapan Taj Mahal yang digunakan oleh pekerja binaan





Bersama rakan-rakan

Taj Mahal kelihatan masih teguh seteguh cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz.  Pelancong berduyun-duyun ke sini untuk melihat seni bina yang mengkagumkan.  Di sisi Taj Mahal terdapat sebuah masjid Jamek yang dikatakan digunakan untuk solat Jumaat.  Namun penjagaannya kurang diberikan perhatian.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...