Khamis, 12 Mac 2020

BERMALAM DI ABISKO SWEDEN MEMBURU AURORA


Sampai di resepsi resort
Selepas singgah di Hotel Ais, kami menelusuri kawawan bersalji untuk bermalam di Abisko.  Prjalanan merentas sempadan dari Sweden ke Norway.  Jadi perjalanan berkereta kami meliputi  Tromso, Norwayke Kilpisjarvi di Finland,  Abisko Sweden dan kemudian memasuki Norway semula. Kami menyewa Kappas Cabin Village.  
Kami bayangkan kabin village sebuah kabin biasa tetapi merupakan  sebuah resort yang menghadap tasik yang cantik.  Namun disebabkan cuaca mulai gelap, hanya lampu yang menerangai persekitaran. Kabin kami dua bilik lengkap dengan sauna.  Memag cukup selesa dengan kelengkapan dapur dan bilik yang moden. Selepas memasuki bilik kami bersedia untuk makan malam. 

Malam ini kami akan melakukan pemburuan aurora untuk kali kedua selepas gagal di Kilpisjarvi, Finland. Ramai pengunjung keluar dari kabin masinhg-masing untuk melihat kemunculan aurora.  Masing-masing bersedia dengan kelengkapan mencerap yang pelbagai.  Bagi sudah biasa dengan aktiviti aurora, mereka bersedia dengan kamera dan alat cerapan lain.  Namun disebabkan persekitaran salji sedang turun serta angin, maka usaha mencerap malam ini juga gagal.  Namun kami dapat melihat topoksn aurora dikejauhan  setelah beberapa kali mencuba di beberapa lokasi berlainan.  



Cabin Village




penuh salji
Mencerap aurora


Persekitaran beku

Bersiap untuk teruskan perjalana selepas sarapan.  Selepas ini kami akan seberang sempadan ke Norway semula.


Persekitaran resort









Dalam perjalanan menuruni lereng, kami terpaku oleh pemandangan yang menakjubkan. Langit dengan topokan berwarna warni dan bergerak.  Kami sangakan aurora pada mulanya.  Namun setelah di google, pemandangan itu adalah fenomena awan dengan kandungan asid nitrik yang tinggi. Namun kami ucap syukur alhamdulillah serta subhanallah dengan kuasa Allah menjadikan semua itu.


Fenomena awan berwarna menarik ini telah viral di internet pada hari itu.  Masing-masing menyangka itu adalah aurora.  Fenomena ini sangat jarang berlaku.  Cuaca yang terlalu sejuk boleh memunkinkan terjadinya fenomena ini.  Semua kuasa Allah untuk menjadikannya.  






Selepas melihat dengan penuh takjub akan fenomena itu, kami bergerak ke sempadna Norway dalam cuaca seju beku.  Salji masih tebal dan turun.  



Sempadan Sweden Norway. Bersalji tebal.



Setelah beberapa jam perjalanan kami sampai ke rumah tumpangan untuk bermalam di Svolvaer.  Malam ini kami juga menunggu jika ada aurora di langit.  Namun di sebabkan cuaca dngan hujan yang turun malam itu, usagha itu gagal lagi. Pagi esoknay kami akan meneruskan perjalanan ke Reine untuk bermalam di sana. 

Pemandangan dari luar Guest huose Ausnesfjordveien.  Pemandangan menarik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...