Jumaat, 13 Mac 2020

OSLO, NORWAY


Hari ke-11. Oslo adalah destinasi akhir dalam eksplorasi Scandinavia kami.  Selepas meninggalkan Lofoten dengan kenangan menarik muka bumi dan persekitaran lain, kami menaiki pesawat ringan ATR dari Leknes ke Bodo untuk transit selama lebih 2 jam.  Kemudian kami menaiki pesawat lain ke Oslo untuk pernerbangan selama 2 jam.  Dalam rangka awal, kami sepatutnya menaiki feri dari Lofoten ke Bodo.  Tapi disebabkan pengurusan feri mengubah jadual pelayaran maka hasrat itu di ketepikan.

Sampai di Oslo kami menaiki kereta api ke Oslo Central  Station.  Hotel penginapan kami lebih kurang 200 meter dari stesen.  Semalaman kami menginap diHotel Comfort Express.  Pada sebelah malam adalah pesta menyambut tahun baru 2010 di Oslo.  Hanya terdengan bunyi dentuman buna api.  Akibat keletihan, kami tidak mampu untuk keluar dari hotel untuk melihat warna warni warga Oslo sambut tahun baru. 

Awal pagi kami terus melawat sekitar bandaraya Oslo.  Antaranya kami sempat melewati tasek indah dengan latar belakang bandaraya Oslo. Terlihat Opera House, kawasan art street, kem tentera yang lama, dewan bandaraya, istana negara, dan parlimen Norway.  Yang menarik di sini ialah mereka begitu menghargai warisan negara apabila melihat bangunan parlimen yang bersifat klasik tetapi mash digunakan.  Begitu juga bangunan lain yang dijaga dan menjadi daya tarikan pelancong.

Setelah melawat kami telah bersedia untuk ke lapangan terbang Oslo.  Untuk itu kami perlu menaiki tren selama 45 minit.  Pesawat Qatar Airway membawa kami meninggalkan Oslo menandakan tamatnya eksplorasi Scandinavia 2019/2020.  Pengalaman diperoleh dengan mengagumi kebesaran Allah yang menjadikan semua yang terbentang di alam ini.  ALHAMDULLAH

Dari Bodo ke Oslo




Stickman


Parllimen Norway yang  klasik 

Kawasan artistik



Sekitar bandar Oslo


Gambar dengan gaya

Di perkarangan hotel di Oslo

Bersiar-siar


Zaharah di depan Zara


jaket Norway

Norway dengan kapal layar pelaut






Skulptur kehidupan


Depan istana negara.  Norway masih ada raja

Bunga hiasan bandar






















Oslo Central Station yang sentiasa sibuk


LT Oslo nak ke Doha-KLIA


Remang senja Oslo menerusi jendela Qatar Airways

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...