Jumaat, 13 Mac 2020

LEFOTEN NORWAY INDAH BERFIORD

Pada hari ke sepuluh, kami terus mngembara dari Svolvaer ke Reine.  Perjalanan bekereta memakan masa hampr 2 jam.  Kami di bawa melalui kawasan berfiord di Lefoten .  Lefoten merupakan gugusan pulau kecil yang sangat menarik.  Dengan panggilan 'dramatic scenery', Lefoten menyerlahkan keindahan pulau dengan fiord denga teluk yang menjadi tumpuan pelancong.  Kampung nelayan yang terdapat di Henningvaer, Nusfjord, dan Hamnoy kami sempat singgahi.  

malam itu kami menginap di  A Hamna Rorbuer, kabin yang sering digunakan oleh nelayan di Norway satu masa dulu. Kini rurbur ini telah dijadikan kabin untuk pelancong bermalam.  Rumah kayu sederhana ini mengandungi dua bilik, satu bilik air yang moden dan bersih, serta ruang dapur yang lengkap dengan kelengkapan memasak yang moden.  

Makan malam kami di sebuah restoran ikan terkenal di bandar perikanan itu.  Panangan dariluar kurang menarik namun bila berada di dalamnya menampilkan suasana malam yang romantik dan menarik. Set makanan dengan ikan salmon atau kod boleh dibayar dengan harga RM 100.00. 

Malam itu cuaca sejuk dengan salji mula turun dengan lebat.  Ditambah dengan tiupan angi yang agak kencang sekitar 40 km/j.  Kami cuba memburu aurora berasarkan maklumat aplikasi Aurora.  Setelah beralih ke beberapa lokasi, usaha untuk menjejaki aurora malam itu diakhiri dengan kekecewaan.  

Setelah bangun pagi dan bersedia untuk bertolak ke lapangan terbang Leknes, Lofoten, kami terperanjat menlihat lapisan salji memutih memenuhi permukaan bumi. Semalam, permukaan salji itu belum wujud.  Subhanallah..



















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...