Jumaat, 11 Ogos 2023

MENANG KALAH PILIHAN RAYA


PRN 6 negeri serentak 12 Ogos, 29 Julai penamaan calon

Menang atau kalah adalah pasti dalam sesuatu pertandingan.  Dalam pilihan raya, parti yang bertanding akan dikira menang apabila jumlah kerusi yang dimenangi telah mencapai angka majoriti mudah.  Keputusan inilah yang ditunggu-tunggu selepas proses pengundian  PRN bagi enam negeri tamat pada 12 Ogos 2023.  

Pada hari terakhir berkempen parti gabungan pemerintah dan pembangkang telah menoktahkan janji yang akan ditunaikan seperti dalam manifesto yang dibentangkan.  Pengundi adalah penentu menang kalah parti-parti tersebut.  

Sebagai pemilih, pengundi seharusnya telah dapat menetapkan pari atau calon mana yang akan dipangkah.  Walaupun begitu, isu-isu panas pada saat akhir boleh memberi impak terhadap pilihan yang telah tersedia.  Faktor keliru dan tidak yakin dengan calon akibat maklumat akhir dari rakan atau orang sekeliling masih mampu mengubah pendirian.  Pengundi sedemikian sering dikelompokkan sebagai pengundi atas pagar.

Hal ini berbeza dengan pengundi tegar parti yang disertai.  Mereka selalunya telah bersedia untuk mengundi calon atau parti sejak dari mula lagi.  Mereka tidak mudah digula-gulakan.  

Namun pengumuman keputusan pilihan raya mampu menjadikan suasana tidak tenteram. Pengundi dan parti yang bertanding akan terus berusaha untuk menang.  Jika kalah mereka akan cuba menjadikan hatinya menang..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...