Selasa, 8 Ogos 2023

POLITIK DAN KUASA

 prn 2023

Selagi keputusan PRN bagi enam negeri pada 12 Ogos ini belum diumumkan, selagi itu kempen politik untuk berkuasa tidak akan tamat.  Namun adakah naratif atau perbincangan berkaitan politik akan tamat selepas itu? Jika dilihat trend pemikiran berpolitik kini diambil kira, trend itu tidak akan tamat begitu saja.  Konflik politik dalam meraih kuasa akan terus berlangsung.  Jika kerajaan dapat mempertahankan kuasa di negeri yang diperintah selama ini dan memenangi negeri lain, pemerintahan kerajaan pusat akan terus berlangsung.  

Namun pembangkang akan tetap teruskan asakannya demi mendapatkan kuasa yang diidamkan.  Jika pembangkang memenangi kesemua  negeripun, akan menjadikan situasi lebih panas.  Mereka akan menuntut kerajaan pusat menyerakan kuasanya.  Namun trend konflik sedemikian boleh mengancam kestabilan pemerintahan negara.

Tugas pembangkang kelihatan membangkang apa sahaja yang diusulkan kerajaan.  bangkang sahajaa asalkan pengundi dapat dirasionalkan.  Dalam usaha memancing hati pengundi, naratif yang diulang-ulang kelihatan mampu memenangi hati pengundi.  Tak kira sama ada pendengarnya ahli parti politik, yang bukan ahli parti politik pun akan mengiakannya.  Setuju dengan naratif yang dipersembahkan.  Perubahan pemikiran boleh berlaku kepada mereka yang berpendidikan.  Nampaknya kejayaan memenangi hati pengundi dapat ditawan jika usaha berterusan dalam bentuk perang saraf dilakukan tanpa lelah.  Akan ada mereka yang akan menukar penndirian dalam mengundi.

Lihat saja naratif isu "Islam terancam".  Dengan mengunakan ayat Quran dan hadis Nabi yang menyentuh isu ini akan dapat menawan hati pengundi.  Pengundi atas pagar sangat mudah dipengaruhi.  Mereka tiada pendirian jelas dalam sesuatu isu besar.  Hal ini ditambah dengan sogokan isu agama.  

Dalam korteks isu Islam terancam, Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, isu kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan kes Jill Ireland Lawrence Bill dijadikan modal oleh para pemimpin Pas yang kalimah Allah terancam sedangkan kesuciannya dipelihara oleh kerajaan. Menurut beliau, kehadiran DAP dalam Kerajaan Perpaduan juga dijadikan modal walaupun kerjasama antara parti politik di sesebuah negara adalah perkara yang digalakkan Islam atas dasar kebajikan bersama.

“Rentetan dari naratif ‘Islam terancam’, lahir pemikiran perjuangan Islam hanya didominasi oleh Pas. Dengan maksud tersirat perjuangan parti orang Islam yang lain bukanlah perjuangan Islam.“Dari situlah juga lahir ungkapan yang masyhur dahulu iaitu ‘ucapan kita adalah jihad, melawan puak-puak ini adalah jihad dan jika mati adalah mati Islam’,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Inilah hujahan politik dalam memenangi hadi pengundi yang dilihat tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dibentangkan.  Setiap kali pilihanraya, naratif agama dilihat mampu mempengaruhi pengundi.  Fikirkanlah secara kritis sebelum memilih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...