Ahad, 27 Mei 2012

Debat


Debat adalah perbincangan mengenai sesuatu hal dengan saling memberikan alasan untuk mempertahankan hujahnya. Berdebat juga memberi peluang kepada pendebat meminta audien menerima hujahan yang diutarakan. Budaya berdebat yang menekankan retorik telah lama diperkenalkan sejak zaman Plato lagi. Dunia Islam juga sangat mementingkan perbincangan bagi mendapatkan penjernihan terhadap sesuatu permasalahan yang timbul.

Semasa menjadi hakim pertandingan akhir debat piala Perdana Menteri, saya dapati kualiti pendebat dari sekolah Menengah asrama penuh sangat tinggi. Dalam hati saya sering berkata bahawa satu hari nanti mereka ini mampu menjadi pemimpin yang mahir mengungkapkan hujah dan bersikap kritis terhadap persekitarannya. Mereka bukan sahaja petah berkata-kata, tetapi juga idea yang dilontarkan untuk mematahkan hijah lawan juga dilakukan dengan baik. Kadangkala hakim juga agak sukar untuk memilih pasukan yang menang. Pasukan bertanding diberi masanyang agak terhad until bersedia dengan tajuk yang dikemukakan. Mereka membuat rujukan bagi mengukuhkan hujah bersedia dengan andaian hujah lawan. Dengan cara tersebut, mereka membidas hujah lawan dengan fakta dan bukan secara emosi semata-mata.

Bagi memperoleh sokongan audien, pendebat juga perlu mahir dan petah berbahasa. Hujah atau bidasan yang dilontarkan perlu mudah difahami serta tepat maksudnya. Maka pendebat yang baik mampu mengemukakan hujah dengan kritis menggunakan medium bahasa yang tepat. Tepukan daripada audien selalunya menggambarkan pendebat telah berjaya berhujah dengan baik ataupun berjaya mematahkan hujah lawan.

Merujuk kepada debat antara Rafizi lawan Khairy baru-baru ini, saya melihat mereka memilki kualiti sebagai pendebat yang hebat. Masing-masing berjaya kemukakan hujah dan mahir membidas hujah lawan. Mereka juga mampu menganalisis mauduk perdebatan dengan analisis dan bentangan pemikiran masing-masing. Disebabkan mereka dari aliran politik berbeza, sudah pasti hujah dan bidasan juga condong untuk pertahankan parti masing-masing. Akhirnya, penonton tetap akan memberikan ulasan mereka masing-masing dengan memberikan kredit kepada pendebat yang mewakili parti yang didokongi. Bagi penonton yang nonpartisan, mereka juga akan tetap memilih salah satu pendebat yang memenui persepsi mereka. Itu adalah hukum alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...