Selasa, 6 Februari 2018

MILFORD SOUND

Pemandangan indah sebelum melalui terowong ke Milford Sound
Milford Sound  merupakan pusat tumpuan pelancong di New Zealand.  Dengan sifat muka buminya yang bergunung ganang, di sini kita dapat lihat kehijauan dengan pemandangan tasik yang indah.  Milford Sound terletak di kawasan Taman Negara yang disebelah pantai barat daya selatan NZ. Ruyard Kipling menamakan Milford Sound sebagai 'eight wonder of the world' merupakan kawasan fiord (pantai berteluk) sempit.

Cuaca amat sejuk. Sebelum melalui terowong kami terpaksa menunggu giliran memasukinya dengan jalan sehala sahaja.  Terowong ini dibina secara manual oleh kaum Maori dengan bantuan penjajah. 


Terowong untuk merentasi Milford Sound dengan jalan sehala.

Panorama Milford Sound

Jeti feri

Antara Feri merentasi tasik

Menunggu feri yang membawa kami menelusuri tasik. 


Panorama keindahan tasik Milford Sound

Panorama menarik tasik


Latar belakang dengan banyak air terjun di sepanjang tasik
Terdapat banyak air terjun di tanah tinggi di sepanjang tasik di sini. Feri akan membawa penumpang hampir ke tebing air terjun hingga kami terkena tempias air terjun tersebut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEDEKAH

  Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh t...