Jumaat, 2 Februari 2018

TIMARU, BLUFF DAN MOERAKI BOULDERS


Bandar Timaru
30 Januari 2017:  Hari ini kami melalui bandar pelabuhan Timaru dan Bluff. Jarak Timaru 157 km dari Christchurch.  Merupakan bandar pelabuhan selatan wilayah Canterbury.  Banyak reka bentuk bangunan Edwarian dan Victorian dan masih dikekalkan. terdapat sebuah muzium yang memaparkan sejarah tempat ini.
Patung pelaut yang mula datang ke sini
Di dalamnya ada pameran info bandar ini
Sojuk di kawasan paling  selatan NZ. 
Menuju ke Bluff, kawasan paling selatan di pulau selatan.  Bluff adalah gerbang bagi pelabuhan yang akan melalui lautan Antartik.  Pelabuhan di sini agak sibuk namun, jarang kelihatan kelibat manusia.  Sunyi dari kesibukan. Kami melihat keindahan panorama sekitaran di puncak stesen. kami bertemu dengan  lelaki yang sedang buat kajian berkaitan cuaca sekitar.  
Pemandangan menarik dari tempat tinggi
Menurut catatan sejarah, Pelabuhan Bluff merupakan pelabuhan pertama di NZ menerima kedatangan kaum penjajah. Kami terugkan perjalanan ke moeraki Boulders.


Moeraki Boulders adalah bungkah batu bersais besar dan berbentuk sferikal terdampar sepanjang pantai Koekohe antara Moeraki dan Hampden.  menurut kajian, batuan ini mempunayai lapisan unik habil mapatan pelbagai batuan dan banyak daripada batu tersebut telah pecah.



Serpihan batu Moeraki

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEDEKAH

  Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh t...