Jumaat, 17 Mei 2019

MEMBACA AL-QURAN DI BULAN RAMADAN

Al-Qur'an adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pada bulan Ramadhan. Dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, bulan Ramadhan adalah kesempatan yang paling berharga untuk emperbanyakkan membaca al-Qur'an, samaada secara bertadarus ataupun berseorangan, lebih-lebih lagi sehingga menamatkan (khatam) bacaan 30 juz al-Qur'an.

Ini kerana orang yang membaca al-Qur'an akan mendapat rahmat dan limpah kurniadari Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firmanNya:


afsirnya: "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al-Qur'an) dan tetap mendirikan sembahyang sertamendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)." (Surah Faatir: Ayat 29-30)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu:Maksudnya: "Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta'ala (al-Qur'an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya di hari Qiamat."(Hadis riwayat Ahmad)


Fadhilat Membaca al-Qur'an

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam banyak menyebut dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadhilat membaca al- Qur'an itu, antaranya ialah:

1. Pembaca al-Qur'an hatinya dikurniakan cahaya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan memeliharanya dari kegelapan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu:Maksudnya: "Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta'ala (al-Qur'an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya di hari Qiamat."(Hadis riwayat Ahmad)

2. Pembaca al-Qur'an memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:Maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Qur'an dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibubapanya mahkota di hari Qiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan (al-Qur'an) ini?"(Hadis riwayat Abu Daud)

3. Pembaca al-Qur'an memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 Maksudnya: "(Ketika masuk syurga) dikatakan kepada orang yang (sentiasa membaca dan beramal dengan) al- Qur'an: "Bacalah (al-Qur'an), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil (tidak cepat) sebagaimana engkau membacanya dengan tartil di dunia (mengikut tajwid). Sesungguhnya kedudukan darjatmu (di Syurga) sehingga pada akhir ayat yang engkau baca, (darjat-darjat syurga mengikut bilangan ayat-ayat al-Qur'an)." (Hadis riwayat Abu Daud)

Belajar Dan Mengajar al-Quran

Orang yang belajar dan mengajarkan al-Qur'an dijanjikan dengan martabat yang sebaik-baiknya di kalangan manusia. Sebagaimanahadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Sayyidina Uthman Radhiallahu 'anhu:

Maksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang-orang yang mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sendiri sentiasa bersikap terbuka untuk belajar dan menerima pelajaran. Dalam sebuah hadisyang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma bahawa pada setiap bulan Ramadhan, Baginda mempelajari al-Qur'an daripada Malaikat Jibril 'Alaihissalam. Bacaan Baginda didengar atau disemak oleh Malaikat Jibril 'Alaihissalam pada setiap bulan Ramadhan.

Perlu diambil kira bahawa, membaca al-Qur'an dengan melihat atau meneliti kepada mushaf adalah suatu perkara yang dituntut.Bahkan sesiapa yang hafaz ayat-ayat al-Qur'an sekalipun, adalah lebih afdhal baginya untuk membaca al-Qur'an dengan melihatkepada mushaf berbanding membacanya melalui hafalan dan ingatan. Inilah yang diamalkan oleh para sahabat Radhiallahu 'anhum bahawa mereka membaca al-Qur'an itu dengan melihat kepada mushaf al-Qur'an, sekalipun mereka itu tergolong daripada orang-orang yang hafaz al-Qur'an. Malahan mereka tidak suka sekiranya masa sehari itu berlalu tanpa mereka melihat atau memandang kepada kandungan mushaf. Ini bermaksud melihat mushaf al-Qur'an itu juga merupakan satu ibadat dan mendapat pahala.

Memperbanyakkan Bacaan al-Qur'an

Maksudnya: "Sesungguhnya al-Qur'an ini adalah hidangan (anugerah) Allah, maka belajarlah kamu daripada anugerah itu semampu yang boleh. Sesungguhnya al-Qur'an ini juga adalah tali Allah, ia adalah cahaya penerang, penawar yang berguna,pemelihara bagi orang yang berpegang dengannya, dan penyelamat bagi orang yang mengikutinya. Ia tidak bengkok bahkan ia tegak, ia tidak menyimpang bahkan ia lurus dan ia tidak pupus keajaibannya, dan ia tidak menjadi usang dengan sebab selalu diulang-ulang (bacaannya). Maka bacalah ia (al-Qur'an), Bahawasanya Allah memberi ganjaran kepada kamu kerana membacanya, bagi setiap huruf dengan sepuluh kebaikan. Saya tidak mengatakan bahawa ( الم ) satu huruf, tetapi saya mengatakan bahawa alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Hadis riwayat Ad-Darimiy)

Bertadarus dan Kelebihannya

Maksudnya: "Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid), mereka itu membaca al-Qur'an dan saling bertadarus antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di kelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya." (Hadis riwayat Muslim)

Sebahagian daripada pembaca itu membaca dan sekaligus memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an kepada sebahagianyang lain, dengan tujuan untuk pembetulan (tashhih) lafaz-lafaz al- Qur'an (sekiranya ada kesalahan atau kesilapan) ataupun dengantujuan untuk mengetahui makna-maknanya; 

Maksud tadarus itu, membaca al-Qur'an dengan bersungguh-sungguh (komited) dengan cara menjaga dan mengamalkannya agar tidak lupa.

Khatam al-Qur'an

Apabila hendak mengkhatam al-Qur'an 30 juz, maka adalah wajar diadakan majlis dengan menghimpunkan sanak saudara dalam majlis berkenaan.  Perkara ini sangat dianjurkan oleh para sahabat sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah riwayat daripada Qatadah at-Tabi'ie (Tabi'in) dia berkata:

Maksudnya: "Adalah Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu (sahabat Nabi Shallallahu 'alaih wasallam) apabila dia mengkhatamkan al-Qur'an, dihimpunkannya anaknya dan ahli keluarganya dan dia pun berdoa untuk mereka." (Hadis riwayat ad-Darimiy)

Baca artikel sepenuhnya di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...