Rabu, 19 Februari 2020

DARI TROMSO, NORWAY KE KILPISJARVI , FINLAND DEMI AURORA


Destinasi seterusnya ialah untuk ke Tromso, Norway.  Dari Tromso kami akan berkereta ke Kilpisjarvi di Finland. Cuaca masih lagi terlalu sejuk sekitar -15 C

Dari Bergen Central Station untuk ke LT Bergen

Untuk ke Tromso, dari hotel di Bergen kami bersedia awal pagi untuk menaiki tren ke Lapangan Terbang (LT) Bergen.  Perjalanan ambil masa 20 minit dengan tren bandar.  Penerbangan dari Bergen ke Tromso mengambil masa lebih kurang dua jam.  

Bergambar latar belang muka bumi Tromso

Bahasa Norway

LT Tromso

Masih siang tapi suasana malam
Di LT Tromso, Reez menguruskan kereta sewa yang ditelah ditempah terlebih dahulu.  Cuaca di luar lapangan terbang semakin sejuk. membeku.  Sekitar -20C.  

Sekitar luar LT Tromso.  Membeku
Salji masih turun.  Memutih alam sekeliling diliputi salji.  Setelah urusan kereta selesai, kamai teruskan perjalanan.  Kami dibawa melihat persekitaran Tromso yang merupakan bandar pelabuhan utama di utara Norway.  Didermaga kami dapati banyak kapal berlabuh sebab laut kelihatan membeku.  Tidak ada pergerakan kapal.  

Dermaga di pelabuhan Tromso
Kereta Citreon A4 yang kami sewa.  Masih berkeadaan baharu
  
Dermaga pelabuhan Tromso.  Kapal berlahuh musim salji




Di supermarket, kami beli sedikit bekalan makanan,  Kami meneruskan perjalanan ke Kilpisjarvi.  Untuk sampai ke sana memakan masa 2 jam memandu.  Jalan dipenuhi salji yang memutih.   Reez memandu dengan cermat sebab jalan licin dan perlu serasikan pemanduan dengan kereta yang baru disewa.  Di luar suasana  mulai gelap walaupun baru menunjukkan jam 3 petang.  Itulah kelemahan kemabara musin salji sebab waktu siang terlalu pendek. 

Sekitar Tromso dengan pantai yang memutih saljinya.

Perjalanan lancar dan kami melalui kawasan hutan. Keadaan semakin gelap dan kereta pula semakin kurang di jalan raya.  Kami berdoa agar perjalanan kami selamat dari kendala.  

Tandas awam di pertengahan jalan ke Kilpisjarvi Findlan.  Guna kad kredit untuk buka pintu.  Tapu untuk buka saja.  Percuma.
Kami sampai di resort di Kilpisjarvi, Finland ketika malam.  Salji semakin tebal.  Suhu sekitar -25C.  Beku segala-galanya.  Dua buah chalet telah ditempah.  Chalet buatan dari kayu yang sangat cantik dan kemas.  Kelengkapan dalaman chalet ini pun serba lengkap.  Ada bilik sauna untuk memanaskan badan.  

Sekitar Resort  Santa Kilpisjarvi, Finland














Setelah berehat, lebih kurang jam 10 malam kami keluar untuk memburu aurora. Tanpa banyuan profesional kami meredah malam  dengan suhu beku untuk melihat kemunculan fenomena yang sering diburu pelancong iaitu aurora.  Berepada lokasi dipilih untuk memerhatikan aurora.  

Pada lokasi terakhir, kami berhentikan kereta dihadapan sebuah van yang sedia parkir di situ.  Di luar gelap pekat dan sejuk.  Lampu kereta dipadamkan agar jelas pandangan jika aurora muncul.  Reez membuka aplikasi mencari kedudukan aorura menggunakan telefonnya.  Selang beberapa minit, kami dapati penumpang van di belakang kerena kami keluar dengan pakaian lengkap tebal. Mereka diarahkan oleh beberapa orang pemandu pelangong tempatan untuk bergambar.  

Kami keluar dari kereta untuk melihat kemunculan aorura.  Pada pandangan mata kasar, aurora tidak kelihatan. namun sedikit gerakan awan kehijauan terlihat di angkasa.  Disebabkan peralatan kamera kami tidak secanggih kumpulan yang menaiki van, kami hanya dapat lihat sekadar gunakan mata kasar.  Menurut pemandu pelancong yang nampak profesional itu, fenomena aurora malam itu sangat kabur bagi pandangan mata kasar. 

Pandangan kabur itulah bukti jelmaan aurora kami.  Subhanallah.


Dalam chalet








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...