Rabu, 5 Februari 2020

ABBA DI STOCKHOLM SWEDEN

Sampai di stesen sentral Stockholm,  Lepas ni jalan kaki hampir 15 minit ke hotel.
Parlimen Sweden
Bersiar-siar di sekitar Stockholm dalam cuaca sejuk.  Masih pagi.  Manusia belum ramai . 
Destinasi kedua kami ialah Stockholm, ibu negara Sweden.  Dari Copenhagen kami menaiki tren laju ke Stockholm.  Makan masa lebih 5 jam.  Seawal 7 pagi kami sudah bersedia untuk ke Central Station Copenhagen.   Tren pertama ke Stockholm.  Perjalanan tergendala sebab tren alami masalah teknikal. Lewat dalam lebih satu jam.  Tren sangat selesa.  Kalau nak lebih selesa perlu bawa makanan untuk tengahari.  Pemandangan di luar hampir serupa bagi musim sejuk bersalji.  
Old Town Stockholm.  Kawasan tumpuan pelancong.

Sampai di Stockholm waktu sudah gelap.  Musim salji jam 345petang  sudah masuk waktu solat Isyak.   Dah malam.  Kami berjalan kaki dari stesen sentral ke hotel dalam 10 minit.  Selepas berehat sebentar kami terus bergerak menikmati Stockholm waktu malam.  Berjalan kaki hamper 20 minit, kami menuju Gamla Stan atau Stockholm Old Town.  Di sana terdapat bangunan reka bentuk klasik dengan warna identiti yang dikekalkan. Sempat ambil gambar dan berjalan-jalan dilorong yang diterangi lampu warna warni Krismas.  Makan malam kami di sebuah kafe Muslim Palestin.  Jurusalem Cafe.   Menu utama ialah kebab. Selepas makan kami melangkah semula ke hotel penginapan.  Besoknha ialah hari Krismas.  Jadi banyak kedai akan ditutup.  Maka kami sedapat mungkin membeli barangan cenderamata di sini.   
Lawat Museum ABBA.  Kumpulan penyanyi terkenal Sweden.  Tinggal dalam lipatan sejarah dunia hiburan.

Kumpulan ABBA
Selepas sarapan kami bersiap untuk ke Muzium ABBA.  Kami perli naiki trem dari stesen berhampiran hote.  Selepas itu perlu naiki feri untuk ke Muzium tersebut.  Ambil masa dalam 10 minit.  Terdapat pelbagai meklumat berkaitan ABBA sebagai kumpulan muzik terkenal dari Sweden beberapa dekad lalu. Muzium yang padat dengan maklumat dan bahan sejarah.  Pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat dalam bahasa Inggeris secara audio dengan kos yang perlu dibayar. 

Pemandangan di jalan utama Stockholm.  Banyak gedung beli belah di sini.  Hari  masih pagi.  Tungu trem untuk ke ABBA Meseum.   
Pada hari kedua di Stockholm, kami berpeluang menaiki cruise mengharugi tasek untuk melihat keindahan kota pada waktu malam.
Latar belakang parlimen Sweden.  Didepannya tasek yang menarik pelancong.

Naik Cruise merentasi tasek depan parlimen.  Hari semakin gelap walaupun waktu  200 pettang.





Pemandangan dari dalam feri untuk ke muzium ABBA. Cruise besar ini belayar dalam jarak jauh.  
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...