Monday, February 20, 2012

Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu



Yahya Othman, PhD
Roselan Baki, PhD

Abstrak

Penyerapan penting dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu (BM) untuk tujuan memudahkan dan memantapkan lagi penguasaan bahasa pelajar. Melalui penyerapan juga guru berpeluang menjadikan pengajarannya lebih bersepadu sifatnya dengan memasukkan aspek nilai, kemahiran bernilai tambah, kemahiran berfikir, dan penggunaan bahan berdasarkan ilmu pengetahuan yang lain. Hal ini disebabkan pengajaran BM tidak hanya bermatlamatkan penguasaan bahasa semata-mata, tetapi meliputi pembinaan diri pelajar serta meningkatkan keupayaan kognitif. Oleh itu, kajian ini bertujuan melihat aspek penyerapan berdasarkan persediaan, pelaksanaan dan keberkesanannya dalam pengajaran BM. Di samping itu, pengkaji juga melihat persepsi guru dalam melaksanakan unsur penyerapan dengan merujuk kepada aspek Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran. Kajian secara tinjauan ini menggunakan soal selidik dengan sampel kajian yang terdiri dari 60 guru BM sekolah rendah dan menengah. Dapatan menunjukkan sampel kajian memahami konsep penyerapan. Namun terdapat beberapa kelemahan dari aspek pendedahan dan pelaksanaan unsur tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala unsur penyerapan Kecerdasan Pelbagai pula masih pada tahap sederhana dari segi pelaksanaan dan memerlukan pendedahan yang lebih mendalam.

Kata kunci : penyerapan, pengajaran bahasa


Artikel penuh baca di sini

No comments:

Post a Comment

Doa memohon hidayah, takwa, sifat 'afaf dan ghina

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى "Allahumma inni as-alukal huda wat tuqo wal ‘afaf wal ghina.”  ...